Search This Blog

Sunday, January 19, 2014

2014: KE MANA HALATUJU MELAYU 2


  1. Melayu itu sebenarnya kuat dan gagah melalui perpaduan yang utuh. Begitu juga Cina dan India. Malah, semua bangsa perlu bersatu untuk menjadi kuat dan gagah.
  2. Melayu Malaysia pernah menjadi gagah dan perkasa lantaran mempunyai ikatan perpaduan yang kukuh. 
  3. Politik sebenarnya perlu untuk menyatukan Melayu. Dengan ikatan politik, Melayu sebenarnya menjadi bertambah kuat kerana Melayu sebenarnya telah diikat oleh pegangan bangsa dan agama.
  4. Malangnya perkara ini tidak berlaku. Politik menjadikan Melayu semakin lemah. Semakin mudah dimanipulasi. Dan semakin membenci sesama sendiri.
  5. Politik telah mengikis sikap bangsa dan agama. Politik menanamkan sikap kebencian dan seakin melebarkan perkara-perkara yang boleh membunuh semangat Negara-Bangsa.
  6. Orang Melayu dipecahkan oleh 3 kumpulan. UMNO, PAS dan PKR. Semuanya adalah parti politik yang sah mengikut peruntukan undang-undang.
  7. Melayu UMNO adalah Melayu asal yang berpolitik untuk membangunkan Negara-Bangsa. UMNO telah berjaya menyatukan Melayu sehingga mendapat kemerdekaan dan membentuk Malaysia. UMNO adalah Melayu dan Melayu sepatutnya adalah UMNO.
  8. PAS juga adalah parti Melayu. Namun PAS menggunakan perkataan Islam dalam motto perjuangannya. Maka, PAS sepatutnya semakin memperkuatkan Melayu melalui semangat spritual Islam. PAS sepatutnya menjadi pendorong perpaduan Melayu melalui Islam. Membetulkan fahaman dan amalan Melayu melalui Islam.
  9. PKR adalah parti Melayu yang terbentuk atas perjuangan untuk menjadikan seorang Melayu sebagai Perdana Menteri. Maka, Melayu dalam PKR bukan Melayu yang berjuang untuk membentuk Negara-Bangsa. Sebaliknya Melayu PKR adalah Melayu yang sanggup melakukan apa sahaja untuk menjadikan pemimpin mereka sebagai Perdana Menteri.
  10. Dalam masa yang sama DAP giat menyatukan masyarakat Cina, para pemimpin Melayu, giat memecahkan kita. Kita juga jadi semakin bodoh dalam membuat pilihan. Akibatnya kita terus memilih untuk berpecah. Kita terus lupa, kerana terpecahlah kita terus terjajah selama ratusan tahun.
Bersambung.....

No comments: