Search This Blog

Wednesday, January 15, 2014

2014 : KE MANA HALATUJU MELAYU


  1. Saya sering tertanya-tanya mengapa DAP sanggup merampas Pusat Giat Mara, Menghina PM, menggunakan kalimah Allah, mambaca ayat Quran, dan merobohkan gerai Melayu. 
  2. Banyak lagi perkara yang dibuat oleh DAP untuk membangkitkan kemarahan Melayu. Malangnya Melayu masih lagi tidak marah.
  3. DAP juga berjuang untuk merampas hak Melayu. Meluaskan sekolah Cina. Paling banyak berlaku di Selangor dan Pulau Pinang.
  4. Kalau kita halusi, DAP sebenarnya sedang mengumpulkan semua Cina di bawah satu kuasa politik. Semua Cina menjadi ahli DAP.
  5. Kerana itu DAP bertindak sebagai ketua dalam PR. DAP tidak kisah bekerja dengan Melayu yang rendah akhlaknya. Sama ada secara persepsi ataupun secara kebenaran.
  6. DAP berjaya menunjukkan kepada bangsa Cina di Malaysia bahawa PKR dan PAS boleh dikuasai oleh mereka.
  7. DAP berjaya membuktikan dalam PR, parti yang menjadi teraju utama adalah DAP. DAP adalah PR. PKR dan PAS hanya menumpang dan tidak mempunyai sebarang kuasa.
  8. Semua tindak tanduk dan arahan DAP menjadi arahan dan keputusan negeri-negeri yang diperintah oleh PR kecuali Kelantan.
  9. Maka, saya percaya, sokongan Cina kepada DAP akan terus meningkat. Menjelang PRU14, DAP akan mampu bertanding tanpa memerlukan PKR dan PAS.
  10. Melayu pula terus terpecah kepada tiga golongan. UMNO, PKR dan PAS. Maka, undi DAP dalam PRU14 nanti akan menjadi undi popular. Saya harap semua Melayu sama ada UMNO, PAS dan PKR bersedia untuk menjadi pembangkang.
Bersambung.....

No comments: