Search This Blog

Tuesday, January 21, 2014

2014 : KE MANA HALATUJU MELAYU 3


  1. Kita perlu perhatikan perubahan yang telah dimiliki oleh Melayu di Malaysia dari zaman sebelum merdeka sehingga kini.
  2. Namun saya yang membesar pada era 70an, rasanya wajar untuk memberi fokus kepada era 70 an hingga sekarang.
  3. Pada zaman 1970an, memiliki basikal adalah norma biasa kepada Melayu. Malah basikal menjadi ukuran kemewahan Melayu ketika itu.
  4. Apa pula yang dimiliki oleh bangsa lain ketika itu? Pastinya kereta dan motosikal. Malah, di pekan kecil tempat saya tinggal sudah ada ramai tauke yang memiliki Mercedes Benz.
  5. Kemudian apabila DEB diperkenalkan, Melayu sedikit demi sedikit bangun. Pada penghujung tahun 1970an, telah ramai Melayu yang memiliki motosikal. Malah, ada juga yang memiliki kereta.
  6. Bangsa lain katika itu telah mempunyai gedung membeli belah. Menguasai hampir semua bentuk pasaran di Malaysia. Kenderaan bukan lagi menjadi ukuran kemewahan kepada bangsa tersebut. Sebaliknya gedung dan industri mula menjadi ukuran.
  7. Akhirnya di tempat saya ada juga Melayu yang memulakan perniagaan runcit. Menjadi peraih. Menjadi agen kilang. Semuanya dengan bantuan kerajaan.
  8. Dari tahun 1975 sehingga tahun 1979, perkembangan ekonomi Melayu dan milikan meterial Melayu berkembang dengan cukup ketara.
  9. Bentuk rumah, halatuju pekerjaan, bilangan Melayu ke universiti, bilangan kedai Melayu, dan segalanya cukup membanggakan.
  10. Sebabnya memang mudah. Melayu ketika itu amat bersatu. Kesan dari tragedi berdarah 13 Mei 1969 masih segar dalam ingatan semua Melayu. Maka, penyatuan Melayu yang kukuh adalah cara terbaik untuk Melayu terus ke depan. Jadi, mengapa Melayu hari ini sering mencari pelbagai alasan untuk terus berpecah?
Bersambung.....

No comments: