Search This Blog

Sunday, January 26, 2014

2014 : KE MANA HALATUJU MELAYU 4


  1. Kejayaan dan kemajuan Melayu yang dikecapi pada era 80an dan 90an berlangsung sehingga pertengahan tahun 2000.
  2. Namun titik kecelakaan pada Melayu bermula pada tahun 1997 apabila Anwar dipecat dari UMNO dan keseluruhan jawatan beliau.
  3. Pada zaman itu, Tun M mempunyai agenda yang kukuh untuk memperkasa negara termasuklah untuk memperkasa Melayu.
  4. Biar apa pun alasan Tun M semasa pemecatan itu, Melayu yang telah tersedia berpecah dua menjadi tiga kumpulan utama yang saling menikam antara satu sama lain.
  5. Permulaan pepecahan pada tahun 1955 apabila golongan ulamak keluar dari UMNO kerana tuntutan untuk diberikan 10 kerusi Parlimen ditolak, kekal sehingga sekarang. Pepecahan ini bertambah terus dengan perjuangan kononnya  untuk mengembalikan hak menjadi PM kepada seorang individu.
  6. Kesan pada tahun 2013, apabila pepecahan Melayu begitu ketara, bukan sahaja Melayu itu dihina, malah Islam dan Allah turut dihina.
  7. Penghinaan kepada Junjungan Besar SAW di media-media baru amat berleluasa. Perkatan Nabi digantikan dengan Babi dan sebagainya.
  8. Allah dijual dan dikomersilkan. Cerdik pandai agama menjadi bodoh kerana laparkan kedudukan dan kuasa politik. Perjuangan menyimpang. Malah, banyak ulamak menjadi dungu dan bengong.
  9. Penghina kepada pelajar-pelajar Islam pula amat keterlaluan. Dihina bagaikan lembu. Diperbodohkan. Dianggap menumpang dan sebagainya.
  10. Pada saya semua ini menjelaskan satu perkara di Malaysia. Di bumi ini sebenarnya Melayu yang kukuhkan Islam bukan Islam yang perkukuhkan Melayu. Kerana itu parti yang berasaskan agama menjadi kelu bila Islam dihina. Sebaliknya, mereka turut sama menghina Islam tanpa mereka sedari.
Bersambung.....

No comments: