Search This Blog

Sunday, January 5, 2014

2014: TAHUN PENJIMATAN SEKTOR AWAM 4


  1. Langkah ke-6 dalam penjimatan sektor awam adalah pengurangan penggunaan syarikat pengurusan acara dan pembekal cenderamata.
  2. Amalan selama ini adalah dengan menampakkan sesuatu acara itu begitu gah, besar dan mendapat sokongan rakyat. Maka, syarikat pengurusan acara digunakan untuk menjamin kelancaran sesuatu acara yang dijalankan.
  3. Namun kesan acara ini sebenar tidak begitu siknifikan. Sebagai contoh, majlis rumah terbuka dibanjiri oleh semua lapisan masyarakat. Malah didominasi oleh kaum Cina. Keputusan PRU yang lalu menunjukkan, sokongan kaum Cina kepada Kerajaan Malaysia begitu mendukacitakan.
  4. Penghayatan terdapat acara juga kurang berkesan. Data kemalangan maut jalan raya semakin meingkat. Wabak denggi semakin meningkat. Kadar jenayah semakin meningkat. Seoalah-olah semua acara termasuk kempen gagal mengubah minda rakyat.
  5. Apabila ada acara pasti ada penyampaian cenderamata. Sama ada dalam bentuk wang atau dalam bentuk barangan yang boleh dinilai. Maka kos acara bertambah sejajar dengan bilangan penerima cenderamata dalam acara tersebut.
  6. Sudah tiba masanya sektor awam memberi fokus kepada pengisian acara. Pengisian yang mampu membuka minda rakyat. Yang boleh membawa rakyat berubah menjadi rakyat minda kelas pertama.
  7. Kehadiran yang melimpah ruang akan hilang makna jika objektif kedatangan hanya untuk berhibur semata-mata. Biarkan yang datang tidak seramai mana, asal sahaja apa yang hendak disampaikan mampu difikirkan dan akhirnya diterima oleh rakyat.
  8. Sektor awam bukanlah agensi yang membekalkan acara kepada rakyat. Sektor awam menjalankan fungsi mengikut undang-undang tertentu. Maka, fokus kepada penambahbaikkan sistem penyampaian akan mampu dicapai dengan kajian semula kandungan acara ini.
  9. Kempen hari ini lebih berkesan dengan penggunaan media baru. Kaedah sebaran pengetahuan melalui group-group media baru begitu berkesan. Bukan sahaja menjimatkan, malah berkesan dan boleh dibuat setiap masa merentas sempadan masa dan tempat.
  10. Pada saya bukan sahaja penggunaan agensi pengurusan acara dikurangkan, malah semua acara sektor awam perlu diberi nafas baru dan dijenamakan semula. Fokus kepada kehadiran perlu beralih kepada fokus kepada maksud yang tercapai.
Sambungan Siri 5 menyusul....

No comments: