Search This Blog

Friday, January 10, 2014

2014: TAHUN PENJIMATAN SEKTOR AWAM 5


  1. Sukar untuk saya menulis ketika ini. Tuntutan tanggungjawab dan akauntabiliti kepada kerjaya begitu banyak. Ini sahaja masa yang saya ada untuk berkongsi pendapat saya bersama pembaca budiman.
  2. Saya amat tertarik kepada langkah ke9 dalam penjimatan sektor awam. Langkah tersebut adalah penggunaan kain pemidang untuk acara rasmi dikurangkan.
  3. Selama ini saya sentiasa tertanya-tanya apakah penggunaan kaedah ini benar-benar berkesan. Saya sendiri jarang membaca maklumat di kain pemidang yang dipamerkan hampir di sepanjang jalanraya.
  4. Dalam kelajuan kawasan bandar antara 60-70 km/j. membaca maklumat di kain pemidang ini akan menjadi perkara yang paling sukar.
  5. Tidak keterlaluan kalau saya katakan, kain pemidang juga mungkin boleh menjadi punca kemalangan kecil yang utama. 
  6. Kadang-kadang kita hairan, penggunaan telefon ketika memandu diharamkan, namun dalam masa yang sama, pemandu diminta untuk membaca maklumat di kain pemidang. 
  7. Dalam era dunia baru, sedikit kesukaran untuk mendapatkan maklumat akan menyebabkan maklumat tersebut terus ditinggalkan. Manusia hari ini lebih percaya kepada maklumat yang disebarkan melalui media baru berbanding media lama yang statik dan begitu konservatif.
  8. Pada saya penggunaan kain pemidang ini bukan sahaja perlu dikurangkan, malah satu peraturan perlu dibuat untuk menghapuskan terus penggunaan kain pemidang sebagai medium promosi acara.
  9. Sebaliknya, Agensi Awam perlu mempertingkatkan penggunaan media baru dalam melakukan promosi untuk semua acara mereka. Cara ini percuma dan lebih berkesan.
  10. Dalam masa yang sama, kerajaan memperkenalkan pendekatan NBOS, namun pendekatan konvensional terus diamalkan. Percayalah NBOS memerlukan satu langkah ekstream untuk dijayakan.
Nantikan sambungan seterusnya.

No comments: