Search This Blog

Sunday, January 12, 2014

2014 : TAHUN PENJIMATAN SEKTOR AWAM 6


  1. Langkah ke-8 dalam penjimatan sektor awam adalah pengurangan jamuan untuk majlis rasmi. Langkah ini dilihat paling signifikan. Jamuan dan majlis rasmi adalah dua perkara yang sangat berbeza.
  2. Tradisi jamuan dalam majlis rasmi ini sebenarnya bermula sekitar tahun 70an. Ketika itu, infrastruktur pengangkutan terlalu lemah. Maka, jamuan menjadi satu perkara perlu di atas dasar kemanusiaan.
  3. Lama-kelamaan, jamuan telah menjadi satu kemestian. Malah, ada agensi yang mengadakan mesyuarat khusus untuk membincangkan menu untuk jamuan dalam sesuatu acara rasmi.
  4. Maka, jamuan telah bertukar fungsi. Daripada perkara sunat, menjadi perkara wajib yang maha penting.
  5. Kepercayaan bahawa jamuan dapat menarik ramai tetamu mula menular dari satu agensi kepada satu agensi. Jamuan mula mengambil alih tugasan pengting pengisian majlis rasmi.
  6. Maka budaya baru terbentuk di Malaysia. Jika majlis itu dianjurkan oleh agensi awam, maka rakyat akan sentiasa mengharapkan adanya jamuan yang lazat dan percuma.
  7. Tumpuan kehadiran akan berpusat di penghujung acara. Semua pengisian terpinggir. Semua mata dan selera berfokus kepada jamuan yang sedia terhidang.
  8. Setakat mana jamuan mampu menarik ramai orang kepada acara rasmi masih menjadi tandatanya. Setakat ini, Konsep Rumah Terbuka kerajaan begitu mendapat sambutan. Namun semua yang hadir bertumpu kepada jamuan yang disediakan.
  9. Seandinya konsep rumah terbuka itu berjaya, maka isu seperti Pengunaan Kalimah Allah, Isu menuntut hak sama rata Bumiputera dan Bukan Bumiputera dan isu LGBT tidak akan timbul.
  10. Dengan adanya langkah penjimatan ini, maka tujuan asal acara sektor awam akan lebih ditumpukan kepada pengisian acara tersebut. Maka, bukan hanya penjimatan boleh dicapai, malah, objektif sebenar acara tersebut juga akan dicapai. 
Sambungan seterusnya...

No comments: