Search This Blog

Thursday, April 24, 2014

PERBEZAAN USIA BERSARA


  1. Ketika ini terdapat 4 kumpulan usia bersara. Bersara pada usia 55, 56, 58 atau 60. Kaedah bersara akan diambilkira berdasarkan sistem saraan ketika lantikan pertama iaitu Laporan Kabinet, SSB atau SSM.
  2. Jika kita pada lantikan pertama memilih bersara pada usia 55, saya akan menerangkan keuntungan dan kerugian jika kita terus bekerja sehingga mencapai usia 60 tahun.
  3. Yang pertama adalah ganjaran. Katakan anda akan menerima ganjaran bernilai RM200 ribu jika anda bersara pada usia 55. Nilai ini mungkin akan menjadi RM250 ribu jika anda bersara pada usia 60 tahun. Sebaliknya jika anda menyimpan RM200 ribu itu dalam ASB dengan purata pengiraan mudah dividen 10%, maka jumlah tersebut dalam masa 5 tahun akan menjadi RM300 ribu. Fikirkan!
  4. Keduanya gaji. Gaji kita akan menemui dinding pada usia 53 tahun. Ertinya nya selepas usia 55 tahun, amat sukar untuk kita mendapat kenaikkan gaji. Katakan gaji anda pada pada usia 55 tahun adalah RM2800 sebulan. Anda akan terus menerima gaji dalam penyata berjumlah RM2800 sehingga mencapai usia 60 tahun.
  5. Harus diingat jika anda pencen pada usia 55 anda akan dibayar 60% daripada gaji anda dengan kenaikkan 2% setahun. Jumlah yang akan diterima adalah RM1680 pada tahun pertama. Dalam masa 5 tahun, nilai pencen ini akan menjadi RM1989. Anda tidak bekerja, tetapi menerima kenaikkan pencen. Fikirkan!
  6. Jika anda terus bekerja sekiranya telah mencapai usia bersara 55 tahun, sebenarnya anda hanya dibayar 40% gaji daripada kerja sebenar anda iaitu, RM1120. Lebih malang pula, tiada kenaikkan gaji untuk tempoh 5 tahun. Selepas anda bersara pada usia 60, nilai pencen yang anda akan terima adalah RM1680. Sama sahaja jika anda bersara 5 tahun lalu.Fikirkanlah!
  7. Ketiganya elaun. Jika anda terus bekerja, anda akan menikmati elaun. Elaun perumahan bernilai RM300, elaun khidmat awam berjumlah RM300, dan elaun sara hidup juga bernilai RM300. Jumlahnya RM900. Anda bandingkan dengan kos yang anda perlukan untuk ke tempat kerja dan kos lain yang berkaitan. Bandingkan dan fikirkan sendiri!
  8. Jika anda bersara, anda tidak menerima sebarang elaun. Anda juga tidak memerlukan sebarang kos yang berkaitan dengan pekerjaan. Minyak, tol, penyelenggaraan kenderaan, makan dan minum semuanya akan menjadi kurang. Fikirkanlah!
  9. Keempat usia purata rakyat Malaysia. bagi lelaki adalah 70 tahun. Jika anda bersara 55, anda akan menikmati faedah persaraan selama 15 tahun, jika 60 hanya 10 tahun. Ertinya faedah persaraan anda berkurang 50%. Bukan sahaja dari sudut masa, sebaliknya dari semua sudut termasuk kewangan, masa berkualiti, masyarakat dan sebagainya.
  10. Pengiraan aktuari mungkin menunjukkan dapatan yang lain. Saya hanya menerangkan dari sudut pengiraan mudah. Anda pula telah memilih. Jika ada pilihan, maka kita berhak untuk memilih yang TERBAIK.

No comments: