Search This Blog

Sunday, May 11, 2014

GST DAN HUTANG LUAR NEGARA


  1. Ada yang mendakwa GST dilaksanakan kerana kerajaan perlu membayar hutang negara. Pada saya itu adalah satu fakta yang amat salah.
  2. Hutang negara boleh diimbangi dengan rezab negara. Negara yang diberi hutang adalah kerana pihak pemberi hutang yakin dengan kemampuan ekonomi negara tersebut. Malaysia sehingga kini tidak pernah menimpulkan sebarang masalah dalam pembayaran hutang luar.
  3. Kita kena faham dasar kewangan fiskal negara sebelum berbicara tentang hutang luar Malaysia. Ikhlas dan bebas dari politik. Rakyat tidak boleh dikelirukan. Rakyat ada hak untuk tahu perkara yang sebenar.
  4. Malaysia mengamalkan dasar mempunyai rezab dan mempunyai hutang luar. Ada negara yang tidak mengamalkan dasar ini. Maka, negara tersebut tidak boleh berhutang. Ini kerana jaminan untuk membayar hutang tidak diyakini oleh pemberi hutang.
  5. GST adalah untuk menggantikan SST. Bukan soal cukai. Soalnya sekarang pertukaran sistem cukai. Pertukaran sistem adalah satu keperluan menurut kesesuaian masa.
  6. Dengan menggunakan SST, Malaysia tetap membayar hutang luar. Malah kadar bayaran hutang luar tetap sama tanpa mengira sistem cukai yang diamalkan. 
  7. Jika sebenarnya GST dapat memungut cukai dengan lebih banyak, maka, lebihan pendapatan negara itu akan menjadikan Malaysia lebih mudah maju ke hadapan. Pertukaran sistem biasanya akan menambah nilai efesiensi dan efektif operasi.
  8. Saya mahu pembaca berfikir begini. Jika nilai hutang luar negara terlalu banyak, mengapa pembangkang begitu bersungguh-sungguh untuk ke Puterajaya. Bukankah mereka akan menjerut leher sendiri jika menang. 
  9. Kita fikir lagi, ada parti komponen pembangkang sanggup bergaduh besar untuk pemilihan parti semata-mata untuk ke Putrajaya. Dalam masa yang sama, mereka menggunakan hutang luar untuk menolak GST. Dalam masa yang sama dengan GST, mereka begitu bersungguh-sungguh mahu menjadi calon PRU akan datang.
  10. Saya tegaskan sekali lagi. GST adalah pertukaran sistem cukai. Untuk menjadikan pengurusan cukai negara lebih efektif dan efisien. Jangan mudah percaya pada fitnah. Selalu berfikir dan terus berfikir. Percayalah, fikiran itulah yang membuatkan kita dipanggil manusia.

No comments: