Search This Blog

Tuesday, May 13, 2014

GST DI INDONESIA


  1. Rasanya untuk mudah untuk kita memahami GST, saya akan huraikan mengenai perlaksanaan GST di beberapa buah negara. Ini akan memudahkan pembaca semua untuk lebih bersedia menghadapi perlaksanaan GST ini.
  2. Negara pertama yang saya pilih adalah Indonesia. Ada 8 undang-undang cukai di Indonesia yang berjalan serentak. GST di Indonesia dilaksanakan di bawah Value Added Tax VAT termed 'Goods and Services and Sales Tax on Luxury Goods' ("Undang-undang Pajak Pertambahan Nilai atas Barang dan Jasa dan Pajak Penjualan atas Barang Mewah"/UU PPN/PPn BM ): Law No. 8/1983, amended by Law No. 18/2000.
  3. GST di Indonesia dilaksanakan pada kadar 10% daripada nilai jualan semasa. Nilai jualan pula ditentukan berdasarkan harga jualan vendor. Maksudnya nilai 10% akan ditentukan berdasarkan harga kilang untuk pengedar.
  4. Ini beerti, kadar 10% itu menjadi tetap bagi setiap barangan atau perkhidmatan. Harga jualan adalah harga kos, 10% GST, dan margin keuntungan pengedar.
  5. Cukai korporat diasingkan daripada GST dan kadar untuk cukai korporat adalah 25%. Kadar ini adalah sama untuk syarikat tempatan dan antarabangsa.
  6. Cukai untuk hartanah pula dikeluarkan daripada GST. Namun, kadar yang ditetapkan adalah 10% bagi semua jenis hartanah. Di samping itu, duti stamp untuk pembelian hartanah masih dikenakan. Nilai duti stamp ini pula bergantung pada nilai perolehan hartanah tersebut.
  7. Pembelian kenderaan juga dikeluarkan daripada GST. Indonesia hanya mengenakan cukai sebanyak 1% untuk pembelian kenderaan. Namun, cukai petrol dan cukai kenderaan penumpang begitu tinggi. Cukai petrol atau bahan bakar pada kadar 25% sementara cukai penumpang pada kadar 1% sahaja.
  8. Semua barangan dan perkhidmatan selain daripada perkara 5, 6 dan 7 dimasukkan dalam GST. Ertinya semua barangan di Indonesia serta semua jenis perkhidmatan dikenakan cukai GST.
  9. Indonesia telahpun menggunakan SGT pada tahun 2000. Hasilnya, kita dapati kadar hutang luar negara Indonesia berkurang dan kesejahteraan penduduk meningkat. Kerajaan memperoleh lebih banyak hasil untuk memajukan negara.
  10. Kalau kita kaji, rakyat Indonesia tidak pernah menentang GST. Malah mereka mengalu-alukan penggunaan GST. Mereka tahu, GST akan mengurangkan kebocoran hasil negara. Kita pula sebaliknya. Kita mahu kerajaan untuk terus melaksanakan SST. Mengapa???

No comments: