Search This Blog

Thursday, May 8, 2014

GST : PERSEDIAAN KITA


  1. Sebagai sebuah negara yang mengamalkan prinsip demokrasi berparlimen, apabila sesuatu perundangan itu diluluskan oleh Parlimen, maka menentang sudah tidak lagi relevan. Malah, jika telah mendapat kelulusan YDA, penentangan boleh disifatkan sebagai penderhaka.
  2. Maka saya rasa adalah wajar sekarang pemimpin-pemimpin politik mendidik pengikut mereka untuk membuat persediaan menghadapi GST. Apa yang perlu dibuat sebelum dan selepas GST?
  3. Berdasarkan tafsiran RUU GST 2009, 'Barang' termasuk harta alih dan tidak alih tetapi tidak termasuk wang. Tafsiran ini sebenarnya merangkumi semua jenis 'barang' yang akan kita beli sebelum dan selepas GST dilaksanakan. 
  4. Kita boleh meramal harga baru selepas perlaksanaan GST berdasarkan SST yang dilaksanakan sekarang. Kemudian, kita boleh merancang untuk menentukan tarikh pembelian barang tersebut.
  5. Saya yakin, rumah dan banggunan akan mengalami kenaikkan harga dalam GST. Alasan saya adalah ketika ini pembelian barang tersebut hanya dikenakan duti setem 1%. Ertinya selepas GST, harga rumah dan banggunan akan meningkat 5%. Nasihat saya...beli sekarang.
  6. Kenderaan pula bagaimana? Ketika ini, harga kenderaan yang perlu dibayar adalah harga barangan, duti eksais, dan duti import. Untuk kereta import, maka kita membayar 3 perkara untuk satu barang. Selepas GST kita hanya perlu membayar harga  kereta dan GST. Saya ramalkan harga kereta import akan menurun secara mendadak sekiranya GST menjadi tool tunggal pungutan cukai di Malaysia. Nasihat saya, fikir masak-masak sebelum membeli kereta import sekarang.
  7. Yang membimbangkan saya adalam model perlaksanaan GST yang akan digunapakai. Jika kita lihat Indinesia, Vietnam, dan Kemboja yang melaksanakan GST, harga rokok dan arak menjadi sangat murah. Sebaliknya Singapura dan beberapa negara maju lain yang melaksanakan GST, harga rokok dan arak naik mendadak.
  8. Saya bimbang jika harga kedua-dua barang ini dimasukkan dalam barangan GST, rakyat akan mendapat kesan negatif. Bilangan perokok dan pengguna arak akan bertambah memandangkan harga yang turun melebihi 50%. Nasihat saya, jangan merokok dan jangan meminum arak sekalipun harganya amat murah. Hargai kesihatan diri anda.
  9. GST akan dikenakan di pelbagai peringkat. Di UK, membeli barangan mentah akan menjadi cukup ekonomik. Sebaliknya membawa keluarga makan di luar akan menyebabkan perbelanjaan keluarga meningkat 400%. Nasihat saya, ubah budaya makan luar. Jadikan bidaya penyediaan juadah makanan sebagai aktiviti keluarga yang menyeronokkan.
  10. Saya juga yakin semua harga perkhidmatan akan menjadi rendah. Namun, peniaga mungkin akan menaikkan kos perkhidmatan untuk mengimbangi profit margin mereka. Jadi, kita perlu merancang perkhidmatan yang tepat sebelum membuat pembelian. Nasihat saya, elakkan mendapat sebarang perkhidmatan tanpa keperluan mendesak dalam tempoh 6 bulan perlaksanaan GST.

No comments: