Search This Blog

Wednesday, May 21, 2014

PRK TELUK INTAN


  1. Saya tidak tertarik dengan PRK Bukit Gelugur. Saya jangkakan Bukit Gelugur sukar ditandingi oleh lawan-lawan DAP kali ini. Pertandingan di antara DAP, PArti Cinta Malaysia, dan dua calon bebas tidak menarik untuk diperkatakan.
  2. Saya amat tertarik dengan PRK Teluk Intan. Nama-nama besar dari DAP seperti M. Kulasekaran pernah bertanding dan menang di situ. Wakil Cina menang entah berapa kali. Kali ini DAP mempertaruhkan calon Melayu.
  3. BN pula sentiasa melatakkan calon Cina daripada parti Gerakan. Dato Mah Siew Kong pernah menang dan pernah tewas di Teluk Intan.
  4. Teluk Intan pernah mengalami PRK pada 1997 apabila wakilnya, Ong Tin Kim meninggal dunia. BN yang menurunkan Dr. Chee See Choke (Gerakan) tewas kepada M.Kulasegaran (DAP). Bagaimanapun pada PRU 1999, Siew Keong menang dengan majoriti 2,783 undi. Kerusi itu kekal kepada Siew Keong pada 2004 dengan majoriti 10,041 undi. Pada 2008, BN kehilangan kerusi itu selepas tewas kepada M.Manogaran (DAP) yang menang dengan majoriti 1,470 undi. Pada PRU lalu, Siew Keong kalah kepada Seah Leong Peng yang menang dengan majoriti 7,313 undi.
  5. BN mempunyai hampir 30,000 ahli yang akan menggerakkan jentera bagi memenangi hati lebih 60,000 pengundi. Majoriti pengundi adalah masyarakat Cina sementara Melayu 37 peratus dan India 20 peratus. MIC mempunyai 4,700 pengundi dan lebih 7,000 pengundi India lagi bukan anggota parti. MCA dan Gerakan pula berperanan untuk menarik perhatian pengundi-pengundi Cina. 
  6. MCA dilihat masih gagal menyeimbangi kekuatan DAP. Namun, Gerakan mula menarik kepercayaan kaum Cina untuk kembali kepada BN. Malah, kekalutan pemerintahan DAP di Pulau Pinang dengan kekalutan pemilihan DAP menjadi masyarakat Cina mula muak dengan DAP.
  7. Meskipun begitu, masih ada pengundi Cina yang tidak berjiwa Malaysia. Golongan ini masih percaya Malaysia akan menjadi milik Cina. Golongan inilah yang akan terus memilih DAP. Mungkin hanya 6000 pengundi Cina yang mempunyai sifat begini.
  8. Isu Hudud pula semakin memeningkan kepala DAP. Hudud ditentang oleh DAP secara total. Bukan hanya perlaksanaan hudud, DAP menentang hudud secara keseluruhannya.
  9. Isu ini akan membuatkan pengundi Melayu kembali memilih BN. Pada Melayu, hudud yang dicanangkan oleh PAS adalah satu kewajipan. Menolak hudud adalah menolak Islam. PAS sendiri pernah mengatakan menolak hudud adalah kafir. Malah, mengundi kafir hukumnya berdosa dan balasannya neraka.
  10. Justeru itu, DAP telah mengambil satu langkah berani dengan meletakkan calon Melayu dalam kawasan yang majoritinya pengundi Cina. DAP percaya pengundi tegar mereka tetap akan mengundi DAP dan percaya semua ahli PAS dan PKR akan memilih DAP. Saya yakin, jika DAP menang kali ini, undinya akan datang dari ahli PAS dan PKR.

No comments: