Search This Blog

Sunday, May 4, 2014

GST : KENAPA KECOH!


  1. Malaysia adalah satu-satunya negara paling unik di dunia. Ini disebabkan kebebasan bersuara dan berdemo yang diberikan kepada penentang dasar kerajaan.
  2. Semua maklum GST akan dilaksanakan pada suku kedua 2015. Persoalannya kenapa semua menentang GST hingga ada yang menentang tanpa mengetahui apa itu GST.
  3. Sebelum GST, Malaysia sudahpun melaksanakan SST. Jika kita menentang GST secara langsung bermaksud kita bersetuju dengan SST.
  4. Yang peliknya, dalam masa yang sama kita menentang kadar cukai kenderaan, kadar cukai import, dan pelbagai cukai lain.
  5. Mendengar rungutan ini, maka Kerajaan memperkenalkan GST untuk menggantikan SST. Penentangan terus juga berlaku. Jadi, apa sebenarnya motif penentangan ini.
  6. GST adalah satu perancangan cukai. Menentang GST bukan kaedah yang bijak. Sebaliknya mengemukakan cadangan perlaksanaan GST adalah kaedah terbaik.
  7. Untuk mengemukakan cadangan, kita perlu tahu apakah perancangan sedia ada. Jika belumtahu, kita wajib mencari sumber yang sahih mengenai perancangan tersebut.
  8. Sumber yang sahih akan datangnya dari KASTAM. Sumber bertulis jauh lebih jelas daripada sumber ceramah. Kaji dan bincang sumber tersebut.
  9. Sebagai rakyat fokus kita hanya satu. Apakah harga barangan akan meningkat selepas perlaksanaan GST. Jika ya, maka kita kena cadangkan kaedah perlaksanaan untuk menurunkan harga itu.
  10. Semua maklum, harga barangan yang kita beli adalah kos yang ditambah dengan cukai. Dalam SST kadar cukai adalah 16%. Dengan GST kadar cukai adalah 6%. Secara langsung, jika harga barangan meningkat, pasti ada silap di mana-mana. Maka, peranan kita untuk membetulkan kesilapan tersebut.

No comments: