Search This Blog

Monday, May 5, 2014

GST : SENARAI HARGA BARANGAN


  1. Pagi tadi dalam berita telah dimaklumkan bahawa Undang-undang GST telah diluluskan oleh Parlimen. Maksudnya, dalam masa 60 hari lagi buku mengenai Undang-undang tersebut boleh didapati di pasaran.
  2. Secara ringkasnya hanya 10% barangan akan menghadapi kenaikkan harga, 60% mengalami penurunan harga, dan 30% lagi masih dalam kajian.
  3. Persoalannya apakah barangan tersebut? Jika 10% yang menghadapi kenaikkan harga adalah barang keperluan dan perlu dibeli dengan kerap, maka GST akan membebankan. Sebailknya jika barangan tersebut adalah barang mewah, maka GST adalah tool terbaik untuk negara dan untuk rakyat.
  4. Begitu juga dengan barangan yang harganya sedang dikaji. Jika barangan tersebut bersifat 'need item' more than 'want item', maka saya berharapkan agar barangan ini akan menghadapi penurunan harga.
  5. Barangan yang menghadapi penurunan saya yakin tidak akan ada sesiapa yabg pertikaikan. Namun, semua tertanya-tanya akan julat perbezaan harga sebelum dan selepas GST.
  6. Apabila Buku Undang-undang GST dijual nanti, saya amat berharap agar buku tersebut disertakan dengan senarai harga barangan selepas GST. Ini akan membantu rakyat untuk bersedia dan merancang penggunaan wang setelah GST dikuatkuasakan.
  7. Saya juga berharap setiap keluarga akan memiliki buku ini dan akan diusung ke sana dan ke sini sekurang-kurangnya untuk tempoh masa 6 bulan.
  8. Saya yakin, preamble buku tersebut akan jelas dan ringkas. Preamble dalam buku undang-undang adalah penentu arah bagi kesemua seksyen dalam perundangan tersebut.
  9. Jadi, mengapa kita perlu berdemonstrasi. Demonstrasi setengah mati, sedangkan semua ahli Parlimen menyokong dan meluluskan undang-undang tersebut. Ada beza yang ketara di antara Perbahasan dan Mengundi dalam Parlimen. Kita kena tahu beza tersebut, kemudian kita nilai semula pilihan kita dalam PRU.
  10. GST bukan menuntut demonstrasi. Sebaliknya GST menuntuk kita berfikir dengan mendalam. Fikir untuk memahami, merancang, dan mencari manfaat dari undang-undang ini. Di kala kita berhenti berfikir, maka di situlah kita mula diperkudakan. 

No comments: