Search This Blog

Tuesday, May 6, 2014

GST : RANG UNDANG-UNDANG GST 2009


  1. Berdasarkan rang undang-undang tersebut, maka perancangan untuk mengadakan GST paling kurang dibuat pada tahun 2008. Rang undang-undang ini dibentangkan pada tahun 2009. Dari sidut perancangan masa, GST bukanlah sesuatu yang akan dilaksanakan secara tergesa-gesa.
  2. Rang undang-undang ini mengandungi 201 seksyen dengan 4 jadual. Kesemuanya akan menjelaskan tadbirurus GST dengan lebih berkesan.
  3. Preamble rang undang-undang tersebut jelas menunjukkan bahawa akta ini akan menjadi tool pemungutan cukai yang paling efisien dan efektik. Adil kepada negara, dan adil kepada setiap lapisan masyarakat.
  4. Tafsiran dalam seksyen 2 amat ketara. Maksud barangan dan perkhidmatan dijelaskan secara terperinci. Kedua-duanya merangkumi hampir semua item yang begitu penting kepada rakyat. Perlaksanaan GST berdasarkan tafsiran ini akan menyebabkan 'proses lari dari cukai menjadi mustahil'.
  5. Seksyen 9 pula menjelaskan GST akan hanya menjadi tool tunggal dalam pemungutan cukai kerajaan tidak termasuk cukai pendapatan. 
  6. Cukai import, duti import, dan duti eksais yang sebelum ini membebankan pengguna akan secara langsung dihapuskan dengan berkuatkuasanya GST. Maka, barangan yang ketika ini dikenakan cukai sehingga 200% akan mengalami penurunan harga sehingga 194%.
  7. Saya suka dengan tadbir urus pengawalseliaan dalam akta ini. Daripada Seksyen 82 sehingga seksyen 160 adalah kaedah dan tabdir urus cukai baru di Malaysia. Meneliti satu demi satu seksyen, kita akan dapati GST akan meletakkan 'cukai di tempat yang betul'.
  8. Denda penipuan cukai dalam GST agak tinggi sehingga maksima RM50 ribu dan penjara maksima 3 tahun. Denda yang jauh lebih tinggi daripada ini perlu dikenakan supaya pembekal barangan dan perkhidmatan boleh merasakan POBC akibat daripada perlaksanaan GST.
  9. Jadi saya amat hairan mengapa ramai sangat yang berdemo tentang GST sekarang sedangkan idea untuk mengadakan GST telahpun bermula pada tahun 2008. Rang undang-undang ini pula diluluskan sebulat suara di Parlimen. 
  10. Pada saya semua Ahli Parlimen amat bersetuju untuk melaksanakan GST. Jadi, jika kita berdemo menentang GST, kita sebenarnya telah dipergunakan untuk menentang sesuatu yang amat baik untuk negara dan rakyat. Kita hanya akan mudah dipergunakan apabila kita tidak berfikir dan gagal menggunakan anugerah Allah yang membezakan kita dengan makhluk lain ini. Bila ini berlaku, nilai manusia pada kita sebenarnya telah berkurang.

No comments: