Search This Blog

Sunday, July 6, 2014

PESTA IBADAH DATANG LAGI 10

"Assalamualaikum." Cikgu Ya memulakan ucapannya.
"Sekejap lagi akan masuk waktu Maghrib. Kita akan makan ala kadar sahaja. Kemudian kita akan solat berjemaah." Pesan Cikgu Ya.

Semua ahli kariah mengambil tempat masing-masing. Semua sudah mengambil air. Macam-macam air ada. Yang paling cepat habis adalah air kelapa laici. Yang tak luak langsung adalah air sirap merah. Makanan pun macam dah semua ambil. Yang paling laku, nasi putih dengan gulai lemak ikan puyu. Ada juga makanan barat, hanya kanak-kanak yang ambil.

"Allah hu Akbar..Allah hu Akbar.." Azan pun bergema. Imam Hasbul bacakan doa makan. Semua terus menjamah makanan yang terhidang. Bermula dengan buah tamar, kemudian air kelapa laici, kemudian nasi, kemudian...dan kemudian...dan kemudian...seperti payah sangat untuk berhenti.

Iqamah pun dialunkan. Semua bergerak ke dalam surau. Saf pertama penuh. Saf kedua juga penuh. Akhir sekali surau tidak lagi mampu menampung jemaah yang ramai hanya untuk solat Maghrib. Terpaksalah sebahagiannya bersolat di bahagian tepi surau. Ada yang bersolat di bahagian belakang surau. Ada yang bersolat di hadapan khemah makanan. Semuanya bersolat tanpa mengira tempat dan keselesaan.

Solat pun habis. Pendek sahaja doa Ustaz Hasbul. Semua bergegas turun. Semua seperti hendak menyambung semula makanan yang masih banyak. Kambing panggang masih belum disentuh. Bihun dan mee goreng hendak juga dijamah. Kuih yang segala macam mustahil untuk dilihat sahaja. Makanlah..makanlah untuk mengelakkan pembaziran.

Isyak pun tiba. Semua bangun dan bersolat Isyak. Lepas tu semua bertarawih. Habis tarawih disambung dengan witir. Habis witir semua berzikir munajat. Ada yang bertadarus. Ada yang beriktikaf. Semuanya berpesta lagi. Tapi kali ini bukan pesta makanan, kali ini bermulalah episod pesta ibadah.

Tamat bahagian II.
Bahagian III akan disampaikan dengan kadar segera.

No comments: