Search This Blog

Friday, July 4, 2014

PESTA IBADAH DATANG LAGI 9

Kali pertama Surau Impian kelihatan seperti bazar ramadan. Khemah ada 8 buah. Penuh dengan kerusi dan meja. Makanan ada segala jenis. Bezanya di surau ini semua percuma. Pertama kali juga hampir seluruh ahli kariah datang berbuka di surau.

"Ramainya orang." Kata Leman Felda. Leman Felda paling jarang datang surau. Leman Felda dah dua kali duda. Kali pertama isterinya mati ketika bersalin anak pertama. Kali kedua, isteri Leman Felda lari ikut bangla. Maka, duda lah kembali si Leman Felda. 

"Free, mestilah ramai." Jawab Ijam Remos. Ijam Remos adalah anak teruna terlajak usia. Usianya dah dekat 45 tahun. Jawatan besar. Kereta Mewah. Rumahnya dihias indah. Tapi Ijam Remos suka duduk sendiri. Kahwin ni leceh. Itu alasan Ijam Remos setiap kali diajukan soalan tentang kahwin.

"Bukan sebab free lah. Ni la namanya berkat." Sahut Solihin. Mamat lembut yang cakap sambil tangan pusing meleding. Solihin, Ijam dan leman adalah tiga perwatakan berbeza yang bersahabat baik. Bezanya Solihin yang lembut tu beristeri dua dan ada tujuh anak. Isteri pertama di kawasan sini. sementara isteri kedua di Kuala Lumpur. Tapi Solihin bijak. Kedua-dua isteri tak pernah tahu yang mereka saling bermadu. Yang tahu rahsia Solihin hanyalah Leman dan Ijam.

Dalam khemah pertama ada nasi arab. Khemah kedua kuih muih. Lain khemah lain pulak menunya. Dalam banyak-banyak menu, semua mata tertumpu kepada khemah nombor enam. Bukan kerana menunya, kerana penghuninya. 

"Hai Su.." Tegur Ijam Remos. Su diam sahaja. Suzana Kadir, usia 32 tahun. Janda bergetah yang sering mencuri perhatian penduduk sekitar. Wanita berkerjaya ini nampak macam tak pedulikan lelaki. Ada anak dua. Semuanya lelaki. Su mampu menjadi ibu dan boss dalam satu masa.

"Apa!" Jawam Suzana Kadir.
"Amboi..menengking pompuan ni." Marah Solihin sambil menjuihkan bibirnya.
"Nak apa Abang Ein.." Jawab Suzana lembut.
"Nak ko lah..eh ko lah.." Terus melatah Solihin, silembut yang penuh rahsia itu.

Tiba-tiba mikrofon berbunyi..
"1,2,3....test..."

Bersambung......

No comments: