Search This Blog

Tuesday, July 8, 2014

PESTA IBADAH DATANG LAGI 12

"Ibadah bukan sekadar solat." Kata Leman Felda.
"Betul tu." Jawab Solihin.
"Ada 1001 macam ibadah. Yang paling jarang ahli kariah kita buat yang ni lah." Tambah Leman Felda lagi.
"Yang mana pulak?" Soal Solihin. Dia terus memandu ke rumah Kak Aini Bee.
"Menderma. Jaga anak yatim. Jaga ibu tunggal. Beribadat dengan harta." Sambung Leman Felda.
"Aku pun jarang sangat menderma.." Perlahan Solihin membuat pengakuan.
"Ustaz yang dok suruh orang irfak harta tu pun tak pernah menderma. Pandai suruh orang je. Kalau bagi ceramah kita tak hulur, jangan haraplah nak datang lagi." Sungut Leman Felda.
"Tapi Ustaz Hasbul aku tabik. Ceramah dia free je. Tapi dia mengajar jauh lebih bagus daripada Ustaz-ustaz yang kena bayar tu." Puji Leman Felda. Mereka diam. Sudah sampai rupanya dihadapan rumah Kak Aini Bee. Selepas memberi salam beberapa kali, pintu pun dibuka. Leman Felda dan Solihin pun terus masuk ke dalam rumah Kak Aini Bee.

Kedua-dua mereka terdiam. Sedih dan pilu bercampur baur. Jiran. Dalam satu kariah. Tetapi mereka tidak pernah peduli. Malah mereka yakin, jiran-jiran lain juga tidak pernah peduli. Leman Felda memandang Solihin. Solihin memandang Leman Felda. Kedua-dua mereka tunduk.

Rumah yang kelihatan seperti kosong. Hanya dipenuhi dengan pakaian yang ditempah. Sebuah mesin jahit. Sangat ringkas. Amat susah mencari rumah tanpa perabot yang banyak. Rumah Kak Aini Bee mungkin satu dalam sejuta rumah di Malaysia. Makanan berbuka masih berbaki. Nasi putih, ayam goreng, sayur campur dan air sirap. Dalam balang masih berbaki kurma murah yang hanya dimakan pada tahun 70an dahulu. Leman Felda bertambah sayu. Solihin bertambah-tambah sayu.

"Dik, sape yang demam? Haji suruh kami bawa ke klinik." Solihin membelah kesyahduan dengan soalan yang membawa matlamat asal.
"Adik saya. Yang nombor dua, empat dan tujuh." Kata anak sulung Kak Aini Bee.
"Panggil, jom kita ke klinik sementara masih awal." Arah Leman Felda.
"Adik susah nak jalan. Demam teruk dari semalam." Tambah anak sulung Kak Aini Bee.

Leman Felda, Solihin, dan anak sulung Kak Aini Bee terus bergerak ke belakang. Dilihatnya tiga kanak-kanak itu amat lemah. Didukungnya. Lantas terus dimasukkan ke dalam kereta.

"Dik, ikut sekali. Bawa IC ke surat beranak ke." Arah Leman Felda.

Mereka terus bergerak ke klinik. Solihinmemandu tenang. Diam. Dia berkira-kira. Menjangka dan terus menjangka. Dalam poketnya hanya ada tiga ratus. Pak Haji Baharum memberinya dua ratus.

"Leman kau ada duit berapa?" Tiba-tiba Solihin bertanya.

Bersambung...

No comments: