Search This Blog

Sunday, July 13, 2014

PESTA IBADAH DATANG LAGI 15

Sesampai sahaja di rumah Leman Felda terus masuk bilik. Dia terus menanggalkan semua pakaiannya. Dicapainya tuala. Terus dia ke bilik mandi. Dia mandi. Air pancuran yang dibuka terasa seperti satu nikmat yang amat nyata. Lama Leman Felda mandi. Ini adalah kali pertama Leman Felda mandi sambil berfikir. Selama ini Leman Felda hanya menganggap Allah itu ada. Wujud dengan penuh kerahsiaan. Namun malam ini Leman Felda turut sama berada dalam kerahsiaan itu.

Apabila satu kerahsiaan Allah itu dibuka, maka Leman felda dapat merasakan akan kebesaran Allah. Bukan kebesaran yang mampu digamber dengan kata-kata. Bukan kebesaran yang mampu dicapai dengan fikiran. Bukan juga mampu dianalisis oleh super komputer. Kebesaran yang Maha Besar.

"Abang..cepatlah." Tiba-tiba Lina merengek manja meminta Leman Felda cepat keluar. Lina bukan sebarang wanita. Lina ini ibu tunggal yang dah ada anak dua. Arwah suaminya dahulu adalah kawan baik Leman Felda. Leman Felda mengambil Lina sebagai isteri kerana persahabatannya. Lina juga cantik. Msih bergaya. Bentuk badannya lebih cantik daripada anak dara.

"Kejap..ada apa." Leman Felda menjawab dari dalam bilik air.
"Ni ha nak bincang persiapan raya." Jawab Lina.
"Cakap je, abang dengar ni." Arah Leman Felda,
"Baju budak, kuih muih, duit nak bagi kat emak, nak beraya mana?" Macam-macam isu dibangkitkan oleh Lina.
"Awak nak raya kat mana?" Tanya Leman Felda.
"Kampung saya la kot bang." Usul Lina.
"Ok." Jawab Leman Felda ringkas, Terkejut Lina. Selalunya Leman Felda akan berkeras untuk beraya di kampung beliau. Tapi kali ini, Leman Felda terus setuju.
"Abang setuju ke?" Tanya Lina lagi. Leman keluar dari bilik mandi. Dikeringkan rambutnya. Terus dia berjalan ke almari pakaian. Dicapainya kain, baju melayu, dan ketayap. Semuanya serba putih.
"Mana-mana pun sama la yang." Jawab Leman Felda perlahan.
"Berapa nak pakai duit untuk persediaan tahun ni?" Tanya Leman Felda. Dalam masa yang sama Leman Felda terus mencapai dompetnya. Dikeluarkan duit setebal setengah inci. Semuanya duit lima puluh. Dihulurkan kepada Lina.

"Berjimatlah ya yang. Duit ni rezeki Allah. Kalau kita berjimat, itu buktinya kita bersyukur." Arah Leman Felda. Antara kedengaran dan tidak. Lina terkejut. Gembira. Suka dan kehairanan. Lina bangun. Terus laju berlari ke arah Leman Felda. Mau dipeluknya suaminya serapat-rapatnya. Dan apabila Lina begitu rapat dengan Leman Felda, tiba-tiba Leman Felda mengundur selangkah ke belakang.

"Eh, jangan peluk. Abang ada wuduk ni. Nak Solat Syukur, Taubat dan Hajat ni. Lepas tu ingat nak tadarus sikit. Abang nak meriahkan malam Ramadan ini dengan pesta ibadah abang secara solo." Kata Leman Felda. Serentak dengan itu Leman Felda terus membentangkan sejadah. Di kanan sejadah diletakkan Al-Quran. Di kiri sejadah diletakkan tasbih. Tatkala Leman Felda memulakan takbir ratul ikram, Lina mengambil air kosong dan gelas. Lina letakkan kedua-duanya di kanan sejadah. Tempat di mana Leman Felda akan melakukan pesta ibadah secara solo.

Tamat Bahagian III.
Bahagian Akhir akan menyusul segera....teruskan membaca

No comments: