Search This Blog

Wednesday, July 16, 2014

PESTA IBADAH DATANG LAGI 16

(Bahagian ini merupakan bahagian akhir pertama)

Entah apa siknifikannya, asal tiba sahaja Ramadan maka akan menggilalah Regim Israel. Bangsa hina ini akan mulalah menukarkan Pesta Ibadah sebagai Pesta Membunuh umat Palestin. Apabila semakin hampir dengan tarikh Nuzul Quran, maka semakin ganaslah bangsa Laknatullah ini.

"Tidak mengapa." Itu jawapan yang dikemukakan oleh Lebai Sahak dalam Tazkirah malam tadi. Suhaimi KB akan menjadi pensoal yang tetap dan berpencen. Setiap kali tazkiran, Suhaimi KB akan duduk di saf hadapan, mendengar dengan teliti dan akan mengemukakan soalan-soalan bertaraf PhD.

"Mano boleh takpo Lobai. Israel ni dah lobih. Dio ingat Palestin tu tin milo ko apo." Bantah Suhaimi KB. Semua mata memandang kepada Suhaimi KB. KB maksudnya kepala besar. Mungkin sebab itu Suhaimi KB akan selalu bertanya. Ditambah pula dengan air muka yang tidak begitu cerah, alang-alang penceramah pasti menjawab soalan Suhaimi KB dengan penampar.

"17 Ramadan ada dua keistimewaan." Perlahan Lebai Sahak mengulas jawapan.
"17 Ramadan adalah tarikh Al_Quran diturunkan. Ada 19 ayat diturunkan pada malam tersebut. Ayat yang memohon kita untuk membaca." Tenang Lebai Sahak membuat penjelasan.
"Malam ini kita panggil malam Nuzul Quran." Jelas beliau lagi. Dihuraikan dengan terperinci akan mukjizat Al-Quran. Kelebihan Al-Quran dan kekurangan manusia yang tidak membaca Al-Quran.

"Yang kedua 17 Ramadan juga adalah tarikh berlakunya perang Badar." Jelas Lebai Sahak. Semua diam. Semua mendengar penuh minat.
"Allah berfirman maksudnya Aku menangkan kamu yakni orang Islam dalam Perang Badar sekalipun kamu yakni orang-orang Islam dalam kedudukan yang lemah." Sambung Lebai Sahak. Beserta bukti dan sokongan hujah.
"Kita akan sentiasa diperangi oleh orang-orang kafir." Tambah Lebai Sahak. Suhaimi KB mengangguk-ngangguk. Dengan saiz kepala yang besar, anggukkannya terlihat amat ketara. Lebai Sahak pula menerangkan tentang muslihat kafir untuk melemahkan dan akan sentiasa memerangi umat Islam.

"Kerana itu, serangan regim Israel ke atas Palestin adalah satu peluang kepada kita." Tambah lebai Sahak. belum sempat Lebai Sahak menghabiskan ayat beliau, Suhaimi KB sudah melontarkan satu soalan.

"Peluang apo ni Lobai?" Tanya Suhaimi KB dengan kuat. Semua mata memandang kepada Suhaimi KB. Kemudian kepada lebai Sahak. Kemudian kepada Suhaimi KB. Apabila Lebai Sahak membetulkan sedidkit duduknya, semua tahu beliau akan menjawab. Semua mata, malah telinga tertumpu kepada beliau.

"Sebenarnya...." Perlahan Lebai Sahak memulakan hujah beliau.

Bersambung......

No comments: