Search This Blog

Monday, July 21, 2014

PESTA IBADAH DATANG LAGI 18

(Menghampiri beberapa episod akhir....)

"Kak boleh tunjuk di mana rumah Puan Isnaini?" Tanya suara tersebut. Isnaini adalah Isteri kepada Dato' Lamin. Orang paling kaya dalam kawasan itu. Lazimnya sepanjang Ramadan Dato' Lamin dan Puan Isnaini akan sentiasa menderma.

"Awak ni siapa?" Tanya Rosmie. Rosmie pasti akan bertanya. Semua maklum.
"Awak nak minta bantuan dia ke?" Rosmie menambah. Antara persoalan dan jawapan. Atau mungkin juga usul dari Rosmie.

"Saya nak tuntut hutang Kak. Dah lama sangat Puan Isnaini berhutang. Ini dah masuk tiga Ramadan, namun hutang masih belum dijelaskan." Panjang terang orang yang bertanya tersebut.

Semua mata terlopong. Semua seperti tidak percaya. Mustahil. Amat mustahil Puan Isnaini berhutang. Lebih mustahil, Puan Isnaini lama tidak menjelaskan hutang tersebut. Selama ini semua kagum dengan Puan Isnaini. Apalagi semenjak suaminya bergelar Dato' dari Pahang. Puan Isnani dan Dato Lamin sentiasa menderma dan membantu. Bukan sahaja penduduk setempat. Malah, bantuan mereka kadang-kadang terbang merentasi sempadan negara.

"Apa yang dia hutang?" Tanya Rosmie tanpa berselindung. Memegang rahsia amat berat buat Rosmie. Soalan yang terus tertinggal tanpa jawapan juga amat berat buat Rosmie. Apalagi persoalan yang bersifat misteri yang tidak berungkai. Cukup berat. Rosmie tidak mahu menunggu walau untuk seminit masa tambahan.

"Dik...apa yang dia hutang tu!" Tanya Rosmie sambil menggegar badan orang yang bertanya. Namun jawapan belum juga diterima. Rosmie memandang Rabiah. Rabiah memalingkan mukanya ke kanan. Rosmie memandang Latifah, Latifah juga memalingkan mukanya ke kanan. Rosmie pandang Kak Biah, Kak Ina, dan Jah Ramping. Semuanya memalingkan mukanya dari Rosmie. Semua memandang ke kanan.

Rosmie terus memeluk orang yang bertanya tadi. Digoncangnya tubuh tersebut. Dipeluknya semakin rapat. Semakin lama semakin rapat.

"Apa hutangnya...cakaplah." Desak Rosmie. Yang bertanya mendekatkan mulutnya ke telinga Rosmie. Begitu hampir. Lantas dia terus berbisik.

Bersambung.......


No comments: