Search This Blog

Monday, July 21, 2014

PESTA IBADAH DATANG LAGI 19

(Meniti episod yang semakin berakhir...)

"Hutang puasanya yang lalu tidak pernah diganti. Saban tahun, Puan Isnaini akan berjanji untuk menggantikan puasa tersebut. Saban tahun Puan Isnaini berjanji untuk membayar fidyah sebagai ganti puasa yang ditinggalkan. Namun, sehingga kini belum pernah dilaksanakan." Bisik yang bertanya tadi.

"Rosmie, tolong khabarkan kepada beliau." Pesan yang bertanya tadi.  Rosmie jadi terpinga-pinga. Berat rasanya untuk dia menyampaikan pesan tersebut kepada Puan Isnaini. Mahu sahaja dia sampaikan kepada Kak Biah, atau kepada Ina. Biar mudah. Biar mereka yang sampaikan.

"Kak Biah tolong begitau Puan Isnaini nak/tak?" Manja Rosmie merayu Kak Biah.
"Beritahu apa?" Tegas pula suara Kak Biah.
"Dia kena ganti segera puasa dia yang tertinggal selama ini. Tak pernah diganti lagi tu." Jelas Rosmie.
"Ish..ko ni Rosmie, mana kau tahu." Dengus Kak Biah.
"Adik perempuan yang pakai jubah hitam sebelah saya tadi yang bisikkan kepada saya." Kata Rosmie tenang.
"Mana ada adik pakai jubah sebelah kau tu. Sebelah kau kan tiang." Balas Kak Biah.
"Kau jangan nak memandai-mandai." Marah Kak Biah.

Rosmie jadi keliru. Rosmie jadi kehairanan. Apakah itu utusan untuk membantu Puan Isnaini. Atau juga dugaan yang akan memutuskan hubungan baiknya dengan Puan Isnaini. Bergaduh dengan Puan Isnaini ibarat meletakkan diri dalam zon bahaya.

"Apa perlu aku buat ni. Pesanan..pesanan...pesanan...dan pesanan..." detik hati Rosmie. Perlu dia beranikan dirinya untuk menyampaikan pesanan tersebut kepada Puan Isnaini. Segera Rosmie beredar. Masuk terus ke dalam Myvinya. Terus dihidupkan enjin. Terus Rosmie bergerak ke arah rumah Puan Isnaini. Rosmie nekad. Mungkin pesanan itu penting buat Puan Isnaini. Islam itu indah. Islam itu telah katakan hutang mesti berbayar. Hutang pula bukan sahaja terhad kepada material. Hutang tetap hutang dan perlu dibayar. Ini termasuklah hutang puasa. 

Rosmi terus memandu. Padanya pesanan itu mungkin untuk melengkapkan semua jasa baik Puan Isnaini. Mungkin doanya dan pahalanya tergantung kerana hutang puasanya yang sentiasa tertunggak. Maka, pilihan pada Rosmie hanya satu. Sampaikan pesanan itu.

Bersambung......

No comments: