Search This Blog

Sunday, August 17, 2014

JALUR GEMILANG - 3


  1. Kita semua tahu maksud warna dan lambang yang terdapat pada jalur gemilang. Biru adalah lambang perpaduan masyarakat majmuk di Malaysia. Kuning lambang Raja-raja yang berdaulat. Merah lambang berani dalam menyambut cabaran dan terus memajukan negara. Putih pula lambang kesucian dan keikhlasan rakyat Malaysia untuk terus menyumbang dan memajukan negara.
  2. Tetapi apakah warna biru yang sebenar yang digunakan untuk membina Jalur Gemilang. Kod warna asas bagi biru adalah C100M100. Warna biru berdasarkan PMS pula adalah 199.
  3. Kod asas warna merah adalah M100Y100 dan kod warna merah PMS adalah 2768.
  4. Kod warna asas kuning adalah Y100 dan Kod warna PMS kuning adalah 108.
  5. Warna biru dengan kod PMS199 (C100M100) adalah warna biru yang paling jelas dan menonjol. Jika biru lambang perpaduan, PMS199 adalah lambang perpaduan sebenar. Perpaduan yang tidak akan tergugat oleh sebarang isu.
  6.  Lebih nyata, tidak pernah akan timbul dalam setiap jiwa kita yang bangga dengan jalur gemilang untuk menimbulkan isu yang akan menggugat perpaduan sesama kita.
  7. Merah PMS2768 adalah merah yang paling radikal. Sebagai lambang berani yang tidak ada tolok bandingnya. Merah ini beerti berani di antara yang paling berani. Berani di sini adalah berani untuk mempertahankan negara, membawa kemajuan, dan terus mendaulatkan Malaysia.
  8. Kuning PMS108 adalah kuning sederhana tetapi bersifat sejuk mata memandang. Ini adalah perlambangan kepada kadualatan Raja-raja Melayu. Kuning ini akan meletakkan Raja-raja Melayu menjadi payung negara melalui fungsi dan kuasa mereka.
  9. Putih pula tidak mempunyai sebarang kod warna. Maksudnya, setiap daripada warga Malaysia seharusnya mempunyai naluri yang luhur, bersih, dan penuh ikhlas.
  10. Hari ini, jalur gemilang hanya berkibar megah. Rasa dan semangat patriotisma sudah kurang. Kita sendiri yang menggugat perpaduan. Kita sendiri yang memusnahkan ekonomi. Jadi, sempena bulan merdeka ini, mari kita serap kembali semangat Merdeka melalui Kod PMS Biru, Merah dan Kuning.
Bersambung....

No comments: