Search This Blog

Thursday, August 21, 2014

JALUR GEMILANG - 4


  1. Kita sering melihat Jalur Gemilang berkibar. Malah kita juga sering melihat Jalur Gemilang lupa diturunkan sehingga rupa bentuk Jalur Gemilang menjadi rebeh dan berserabai.
  2. Fenomena ini bukan sahaja berlaku di premis swasta, malah adakalanya berlaku di premis kerajaan. Saya masih ingat di salah sebuah hospital kerajaan, Jalur Gemilang dibiarkan koyak rabak di atas bumbung Bahagian Kecemasan Hospital tersebut.
  3. Sebenarnya ada enam (6) jenis Jalur Gemilang yang dibezakan mengikut saiz dan kegunaan. Jenis-jenis tersebut adalah Jalur gemilang Biasa, Rumah, Sedang, Besar, Meja dan Kereta.
  4. Jalur Gemilang Biasa bersaiz 3' X 6' dan dikibarkan pada ketinggian tiang 20' dengan saiz tiang bergarispusat 3''. Jalur Gemilang Biasa dikibarkan di luar atau dalam benggunan secara kekal. Jalur Gemilang ini boleh dikibarkan di banggunan, pejabat dan rumah-rumah kediaman.
  5. Jalur Gemilang Rumah bersaiz 2' X 4' dan dikibarkan pada ketinggian tiang 20' untuk kibaran kekal di luar banggunan dan ketinggian tiang 10' untuk kibaran tidak kekal di dalam banggunan. Jalur Gemilang ini dihadkan penggunaannya kepada rumah kediaman sahaja.
  6. Jalur Gemilang Sedang bersaiz 4'X8' dan dikibarkan pada ketinggian tiang 30' secara kekal di luar banggunan.Jalur Gemilang ini digunakan sebagai penutup keranda untuk mereka yang mendapat penghormatan negara.
  7. Jalur Gemilang Besar adalah bersaiz 6' X 12' dan dikibarkan pada ketinggian tiang 40' di luar banggunan secara kekal. Selalunya Jalur Gemilang ini hanya dikibarkan ditempat-tempat kebesaran sahaja.
  8. Jalur Gemilang Meja adalah bersaiz 0.5' X 1' dan dikibarkan di atas meja pada ketinggian tiang 40cm. Jalur Gemilang ini digunakan ketika persidangan, seminar, mesyuarat, dan majlis menandatangani perjanjian.
  9. Jalur Gemilang Kereta adalah bersaiz 0.5' X 1' dan dikibarkan pada kereta dengan ketinggian tiang 40cm. Kedudukan Jalur Gemilang pada kereta adalah bergantung kepada kedudukan pemilik kereta tersebut.
  10. Untuk menunjukkan lambang dan semangat patriotisma, kita boleh menggunakan Jalur Gemilang Kereta sebagai dekorasi kereta. Ini akan membuatkan orang yang melihat kereta kita berasa bangga dengan kibaran Jalur Gemilang.
Bersambung....

No comments: