Search This Blog

Wednesday, August 27, 2014

RUKUN NEGARA


  1. Sempena bulan merdeka, saya terpanggil untuk menulis mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan Merdeka.
  2. Jalur Gemilang antara yang mampu menarik perhatian pembaca. Tulisan tersebut mendedahkan beberapa info yang kita tidak tahu mengenai Jalur Gemilang.
  3. Saya harap, semua rakyat yang CINTA akan negara ini mula mengerti dan menghargai Jalur Gemilang yang selama ini kita hanya anggap sebagai bendera. Tidak lebih dari sebidang bendera.
  4. Sesuai dengan Tema Merdeka 57, Malaysia..Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta, saya ingin kupaskan perkara kedua yang kita semakin lupa.
  5. Rukun Negara. Lima (5) perkara yang semakin dilupai. Malah ada di antara kita yang semakin tidak tahu bahawa Malaysia ada lima (5) rukun yang perlu kita patuhi.
  6. Dalam bentuk ayatnya amat mudah. Kepercayaan Kepada Tuhan. Kesetiaan Kepada Raja dan Negara. Keluhuran Perlembagaan. Kedaulatan Undang-undang. Dan yang terakhir, Kesopanan dan Kesusilaan.
  7. Masih ada golongan yang tahu dan hafal kesemua lima prinsip Rukun Negara ini. Ada pula yang tahu, hafal, tetapi tidak mengetahui urutan susunan kesemua 5 prinsip ini.
  8. Ada yang tidak tahu langsung. Tidak peduli. Malah ada yang tidak mahu peduli.
  9. Ada yang tahu, tapi pura-pura tidak tahu. Yang paling kejam, yang tahu, tetapi menolak secara total 5 prinsip Rukun Negara ini.
  10. Mulai esok, saya akan kupas satu persatu prinsip Rukun Negara. Saya akan mulakan dengan Prinsip Pertama, kedua, dan seterusnya. Nantikan...dan berikan komen anda.
Bersambung....

No comments: