Search This Blog

Thursday, August 28, 2014

RUKUN NEGARA - 2


  1. Saya mahu semua rakyat Malaysia menghayati Prinsip 1 Rukun Negara iaitu Kepercayaan Kepada Tuhan.
  2. Ada dua elemen utama utama dalam prinsip ini. Pertama Kepercayaan. Dan yang kedua adalah Tuhan.
  3. Kepercayaan didasari oleh perkataan percaya. Percaya adalah satu sistem penting dalam membentuk norma dan nilai serta budaya masyarakat.
  4. Kepercayaan didorong oleh satu persetujuan bersama tanpa sebarang sebab yang logik. Sebagai contoh, apabila seseorang memanggil sebuah perabut sebagai meja, maka perkataan meja diterima tanpa paksaan. Meja ini kemudian dijadikan norma kegunaan yang tertentu. Maka, meja menjadi budaya untuk digunakan semasa makan. Malah budaya ini akan menghakis budaya makan bersila bangsa Melayu. Dan ini diterima dan terus diterima masyarakat.
  5. Tuhan pula mempunyai maksud yang amat nyata. Tuhan hanya wujud dalam masyarakat yang beragama. Agama tanpa tuhan adalah sesat. Tuhan tanpa agama pula akan hilang makna.
  6. Ada dua bentuk agama dunia. Agama langit dan agama warisan turun-temurun. Agama langit mempunyai kitab suci. Sebagai contoh, Islam mempunyai Al-Quran, Kristian mempunyai Injil, dan Yahudi mempunyai Taurat.
  7. Agama turun temurun pula mempunyai kita karangan manusia terdahulu. Kita ini sering diubah dari semasa ke semasa. Namun, kedua-dua bentuk agama ini mempunyai Tuhan. Bezanya, ada yang mempunyai satu Tuhan, atau ada yang mempunyai lebih daripada satu Tuhan.
  8. Dalam konteks ini, agama yang tidak mempunyai Tuhan tidak diterima dalam konteks Malaysia. Agama yang bersifat fahaman seperti Sosialis dan Komunisme ditolak secara total kerana tidak mempunyai tuhan.
  9. Asas kepada "Kepercayaan Kepada Tuhan" ini adalah agama sangat penting dalam membentuk peradaban, budaya, dan kesejahteraan Manusia. Maka, Malaysia mahu semua warganegaranya menjadi penganut agama yang total.
  10. Agama dalam konteks Malaysia bukan sekadar tercatat dalam IC, sebaliknya dipelajari, dihayati, dan perlu diamalkan secara teratur dan tertib. Ringkasnya rakyat yang tidak menjadi penganut agama yang bertuhan, bukanlah seorang rakyat Malaysia. Tuhan pula, tidak pernah mengajar penganutnya untuk mencaci, apalagi menjadi agen pembawa kemusnahan.
Bersambung....

No comments: