Search This Blog

Monday, September 1, 2014

RUKUN NEGARA -3


  1. Kesetiaan kepada Raja dan Negara. Prinsip kedua ini sebenarnya mengandungi tiga (3) perkataan penting. Setia, Raja dan Negara.
  2. Prinsip kedua adalah melengkapkan prisip pertama. Kepercayaan kepada Tuhan. Tanpa Tuhan, maka kesetiaan tidak akan berjaya dicapai. Bukan sahaja kepada Raja dan Negara, malah kepada apa sahaja entiti, sama ada manusia atau tempat.
  3. Setia bermaksud mempunyai rasa cinta, kasih dan sayang yang amat mendalam. Untuk lahirkan rasa cinta, kita perlu mengenal dua unsur ini, iaitu Raja dan Negara.
  4. Kegagalan kita untuk setia, menunjukkan kita tidak kenal apa itu Raja dan Negara dalam perspektif Malaysia. Banyak sebab untuk kita tidak kenal, antaranya ketamakan, kerakusan, dan kejahilan melampau.
  5. Dalam konteks Malaysia, Raja adalah satu institusi. Bukan sekadar manusia. Raja adalah KEPIMPINAN Melayu yang paling besar. Kegagalan mematuhi titah raja adalah kegagalan sepenuhnya kita menjadi warganegara.
  6. Negara juga sebuah institusi. Negara bukan sekadar satu wilayah yang berpenghuni. Namun, negara adalah satu wilayah yang merdeka dan berdaulat.
  7. Gabungan Raja dan Negara menjadikan Malaysia adalah sebuah Wilayah Melayu Yang Berdaulat. Raja adalah lambang Melayu dan Negara adalah lambang kedaulatan.
  8. Perspektif untuk mengenali Raja dan Negara ini seharusnya berteraskan prinsip perundangan. Sama ada melalui Perlembagaan Persekutuan, Undang-undang Persekutuan, Akta Tubuh Kerajaan Negeri, ataupun Enekmen Kerajaan Negeri.
  9. Daripada semua perspektif ini, hanya ada satu hak untuk Raja dan Negara. Hak untuk kita menanam sumpah setia tanpa berbelah bahagi. Walaupun hanya satu hak Raja dan Negara, hak ini semakin hari semakin terhakis.
  10. Tidak setia kepada Raja, adalah satu penghinaan kepada Melayu di Malaysia. Tidak setia kepada negara, adalah satu penghinaan kepada Melayu di Malaysia. Bayangkanlah jika menghina Raja dan menghina Negara. Hina akan menjadi berganda-ganda kepada Melayu di Malaysia.
Bersambung...

No comments: