Search This Blog

Tuesday, October 28, 2014

ANJING DALAM MASYARAKAT MELAYU - HUKUM


  1. "Apabila bekas seseorang kamu dijilat oleh anjing (seperti meminum air di dalamnya) maka sucikanlah dengan membasuhnya tujuh kali basuhan pertama hendaklah dengan air tanah (air yang dicampurkan dengan tanah)." (muslim(279)).Menurut riwayat Al-Daruqatni 1/65  salah satu daripada air itu ialah dengan air tanah.
  2. Hukum memelihara anjing tanpa ada sebab adalah HARAM sepertimana Hadith Rasulullah SAW : “Barangsiapa yang memelihara anjing bukan untuk menjaga gembalaan atau berburu, maka amalannya akan dikurangkan setiap hari satu qirath (4/6 dinar).” (HR. Bukhari)
  3. Itu adalah di antara hadis sahih yang menceritakan bahawa anjing itu adalah najis. Malah anjing disepakati oleh para ulamak menjadi najis berat.
  4. Najis perlu diuruskan secara berhemah dalam Islam. Pengurusan najis adalah bergantung kepada jenis najis itu sendiri. Semakin berat najis, maka cara membersihkannya akan menjadi semakin rumit.
  5. Dalam mencusikan najis, perkataan pertama yang disebutkan adalah 'jika tersentuh' atau 'jika terpegang' akan najis itu, maka najis itu hendaklah dibersihkan dengan cara yang betul.
  6. Ini jelas menunjukkan, kaedah pembersihan yang diajarkan adalah pembersihan fizikal. Bukannya pembersihat yang bersifat spritual atau pun falsafah. Andaian yang digunakan adalah Islam mengharamkan umatnya menyentuh najis dengan sengaja.
  7. Apa sahaja yang terkena najis akan membatalkan wuduk dan wuduk akan terus batal jika cara pembersihannya tidak betul. Dalam kes anjing, semua benda yang tersentuh atau menyentuh anjing perlu disamak. Seandainya tidak disamak, maka najis itu akan kekal di situ sampai bila-bila.
  8. Dalam erti kata lain, segala ibadah seperti solat tidak akan menjadi sah. Lebih parah lagi jika kita berhadas besar, maka mandi hadas tersebut tidak akan menjadi sah. Akibatnya, kita akan sentiasa hidup dalam hadas besar. Segala amal ibadah kita tidak akan menjadi sah.
  9. Islam menetapkan najis perlu dijauhi oleh umatnya. Ini meletakkan umat Islam sebagai satu umat mulia yang sentiasa menjauhi najis dalam kehidupan. Mendekati najis sebenarnya adalah ciri-ciri haiwan. Maka, Islam meletakkan umatnya di satu tahap yang melebihi pengganut agama lain.
  10. Dalam konteks Malaysia, Melayu amat bertuah kerana menjadi Islam sejak dilahirkan. Maka, Islam itu mengangkat Melayu tinggi satu tahap berbanding dengan bangsa lain. Kerana itu, mereka begitu dengki dan cuba meletakkan kembali Melayu serendah mereka. Malangnya ramai Melayu yang tidak menghargai ketinggian darjat ini.

No comments: