Search This Blog

Wednesday, November 5, 2014

ANJING DALAM MASYARAKAT MELAYU - FIZIKAL


  1. Pandangan mata kasar tidak boleh dijadikan ukuran dalam penetapan hukum. Anjing secara fizikalnya hampir sama dengan kucing. Namun ada rujukan yang menyatakan hukum anjing itu haram.
  2. Tidak ada nas nyata di dalam Al-Quran yang menyatakan tentang keharaman anjing. Namun ada hadis sahih yang menegaskan tentang haramnya anjing. Maka, anjing itu haram.
  3. Ada disebutkan tentang anjing dalam surah Al-Kahfi. Anjing tersebut digambarkan sebagai sangat setia dan sanggup berkorban kepada tuan. Dalam konteks ini, anjing digambarkan dengan penuh kebaikkan.
  4. Ini membuktikan Allah menjadikan setiap makhluk itu dengan tujuan tertentu. Dalam konteks ini, anjing tidak dijadikan untuk tujuan peliharaan manja dan sumber makanan.
  5. Kalau kita lihat anjing ini mempunyai pelbagai spesis. Ada yang nampak sangat comel, sangat garang, dan sangat bijak. Sama seperi kucing, ada yang nampak sangat ganas, sangat comel dan sangat bijak.
  6. Allah menjadikan setiap satu makhluk itu terpecah kepada pelbagai spesis. Namun kewujudan makhluk itu tetap berbeza walaupun fizikalnya seakan sama. Maka, penilaian fizikal kita untuk menilai sesuatu makhluk adalah sangat tidak tepat.
  7. Contoh yang paling mudah adalah alkohol. Kalau kita lihat alkohol dalam minyak wangi adalah jauh lebih bersih daripada air tanah. Hukum pula menetapkan minyak wangi beralkohol itu haram, sedangkan tanah pula digunakan untuk pembersihan.
  8. Rentetan daripada itu, pakaian yang terkena minyak wangi tersebut perlu dibasuh jika hendak digunakan untuk beribadah walaupun nampak sangat bersih. Sebaliknya pakian yang terkena tanah boleh terus dipakai ketika beribadah.
  9. Hakikatnya dalam Islam, fizikal dan perintah Allah itu adalah dua perkara yang berbeza. Apabila kedua-dua perkara ini disamaratakan, maka kekejaman sebenarnya telah berlaku.
  10. Percayalah, sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui. Jadi, patuhilah segala laranganNya. Semoga kita tidak termasuk dalam kumpulan orang-orang yang rugi.

No comments: