Search This Blog

Thursday, October 23, 2014

ANJING DALAM MASYARAKAT MELAYU


  1. Sejarah pertama mengenai anjing dan masyarakat Melayu dicatatkan ketika tertubuhnya Negeri Melaka. Diriwayatkan, Parameswara yang datang dari Temasik melihat anjing buruannya disepak oleh seekor pelanduk putih di bawah sebatang pohon. Pohon tersebut adalah pohon melaka. Dan nama Melaka kekal sehingga ke hari ini berdasarkan cerita tersebut. Peristiwa ini dipercayai berlaku pada tahun 1396.
  2. Pada tahun1414, Parameswara telah memeluk Islam. Kemudian Melaka bangun sebagai kuasa perdagangan utama dunia yang ditadbir urus oleh seorang raja Melayu-Islam.
  3. Kemudian tidak ada lagi cerita anjing dalam keseluruhan sejarah Kesultanan Melaka. Malah, ketika itu, jika raja hendak berburu, maka baginda akan menitahkan para hulubalang mengiringi baginda.
  4. Secara mudahnya, dengan kedatangan Islam, maka umat Melayu ketika itu yang memeluk agama Islam telah menetapkan bahawa anjing itu najis. Sesuai dengan kehendak dan ajaran Allah. Maka, anjing bukan lagi menjadi binatang peliharaan utama yang boleh dibelai dan dimanja atau dijadikan teman perburuan Melayu. Jauh sekali menjadi penghuni yang sebumbung dengan mereka.
  5. Dengan Islam, Melaka terus bangun dan bangun,  bukan sahaja sebagai kuasa perdagangan dunia, sebaliknya Melaka bangun secara holistik. Perdagangan, kemajuan modal insan, pusat industri, dan pusat ilmuan berkumpul.
  6. Maka, Melaka menjadi tumpuan dunia. Ilmu, perdagangan, dan pusat strategik serantau menjadikan Melayu ketika itu maju dan terkehadapan.
  7. Kemajuan dan kecemerlangan Melaka telah mengundang dengki dan khianat kerajaan lain. Bukan sahaja kerajaan serantau, malah kerajaan yang jauh sehingga ke Eropah, mula mencari ruang dan peluang untuk menjatuhkan kejaraan Melaka.
  8. Hakikat, jika Melaka jatuh maka Islam akan terhenti perkembangannya di Nusantara. Melayu akan mudah diubah cara berfikir dan sempadan budayanya. Risikan demi risikan dilakukan. Cubaan demi cubaan dilakukan. Semuanya gagal.
  9. Maka anjing digunakan oleh Portugis untuk mengalahkan Melaka. Cuma anjing kali ini adalah berwajah manusia. Anjing yang dilatih ini memecahbelahkan Melayu dengan menggunakan ajaran Islam.
  10. Sri Bija Diraja digunakan untuk berkempen bahawa kerajaan ketika itu kejam dan tidak mengikut perintah Allah. Maka, Melayu terpecah dua. Satu kelompok mengikut Sri Bija Diraja, dan satu lagi mendaulati Sultan. Islam yang sepatutnya menjadi tali perpaduan, digunakan untuk menjadi api perpecahan. Maka, tersungkurlah Melaka pada tahun 1511. Hancurnya Melaka hanya kerana seekor anjing yang bertopengkan manusia.

No comments: