Search This Blog

Tuesday, October 21, 2014

BAJET 2015: APA GUNANYA BR1M?


  1. BR1M telah mula menjadi agenda tetap dalam beberapa bajet kebelakangan ini. Bajet 2015 juga ada, malah nilai BR1M dinaikkan lebih daripada 50%. Namun, kaedah bayarannya akan dibuat 3 kali.
  2. BR1M adalah pemberian one-off. Maksudnya diberikan sekali sahaja. Dalam konteks ini, diberikan tidaklah sama dengan kaedah dibayar. Sebaliknya diberikan lebih bermaksud kepada diperuntukkan.
  3. BR1M mempunyai kumpulan sasar yang dikenali sebagai miskin. Sama ada miskin bandar atau miskin total.
  4. Miskin dalam konteks ini bukanlah bermaksud papa kedana atau fakir. Sebaliknya, miskin ini dibuat secara perbandingan semasa. Garis kemiskinan di Malaysia dalam Bajet 2015 dinaikkan kepada kadar RM3,500 sebulan.
  5. Miskin perbandingan ini sebenarnya bukanlah miskin sebenar. Miskin ini adalah miskin kerana status pendapatan rakyat dalam negara yang semakin meningkat. Pendapatan ini pula dijana melalui perancangan bajet yang hebat saban tahun oleh kerajaan.
  6. Selama 10 tahun pendapatan bulanan keluarga yang disifatkan miskin melalui pembentangan bajet meningkat dari RM900 kepada RM3500. Peningkatan ini sebenarnya adalah 289% ataupun meningkat pada kadar 28.9% setahun.
  7. Berdasarkan angka ini, garis kemiskinan berdasarkan pendapatan keluarga untuk bajet 2016 akan berada pada nilai RM4000 hingga RM4200 sebulan. Atau dalam kata lain RM48 ribu hingga RM50 ribu setahun.
  8. Persoalannya adalah apa yang rakyat dapat apabila disifatkan sebagai miskin. Perkara paling penting adalah pengecualian daripada membayar cukai pendapatan. Bonusnya adalah penerimaan BR1M. Bantuan lain seperti batuan yuran sekolah, buku teks percuma, yuran tuisyen, dan lain-lain seperti sudah menjadi satu kemestian.
  9. Isu kedua, benarkan RM3500 itu miskin. Jawapannya adalah sangat benar. Apabila negara bergerak ke arah negara pendapatan tinggi, kos sara hidup akan meningkat. Harga rumah, kos pengangkutan, kenaikkan indeks harga domestik, dan segala-galanya akan meningkat. Maka, nilai RM3500 itu perlu diurus dengan baik untuk tahan selama sebulan untuk sebuah keluarga.
  10. Jadi BR1M perlu diberi. Namun tidak perlu dijadikan budaya atau dikekalkan buat selama-lamanya. BR1M hanya boleh diberhentikan jika kerajaan berjaya mengawal harga rumah, barangan, dan menyediakan kemudahan pengangkutan awam berkelas dunia. Sebabnya mudah, 70% perbelanjaan rakyat Malaysia dihabiskan untuk tiga perkara di atas.

No comments: