Search This Blog

Sunday, October 19, 2014

BAJET 2015: KENAPA HARGA BARANGAN NAIK?


  1. Secara praktikalnya bajet dan indeks harga barangan adalah dua perkara yang sangat berbeza. Bajet adalah mengenai perbelanjaan negara, sementara harga barangan adalah agenda organisasi swasta.
  2. Namun, setiap kali selepas bajet, rakyat akan terbeban dengan kenaikkan harga barangan. Dalam Bajet 2015, kerajaan telah mengumumkan beberapa insentif cukai, sama ada cukai pendapatan ataupun cukai korporat.
  3. Insentif ini bermaksud kos pengeluaran bersih akan berkurang. Dengan kata lain, untung bersih syarikat selepas ditolak cukai akan meningkat. Secara tidak langsung, insentif ini akan menurunkan harga barangan.
  4. Harga produk bergantung kepada beberapa perkara. Antaranya adalah kos bahan mentah, kos pembuatan, kos penghantaran, kos jaminan kualiti dan kadar cukai yang perlu dibayar.
  5. Dalam kes Bajet 2015, terdapat beberapa faktor yang menurun iaitu kos jaminan kualiti, kos penghantaran dan kadar cukai. Secara lansungnya, harga barangan sepatutnya menurun.
  6. Ada yang menggunakan alasan GST sebagai alasan untuk menaikkan harga barangan. GST adalah pertukaran sistem cukai tidak langsung. Cukai tidak langsung bermaksud, cukai yang dibayar tanpa disedari apabila pberlakunya suatu pembelian barangan atau perkhidmatan.
  7. Sehingga April 2015, semua barangan yang dibeli akan dikenakan Cukai Jualan dan Perkhidmatan atau SST. Kadar SST adalah 16%. Mulai April 2015, semua barangan dan perkhidmatan yang dibeli akan dikenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan atau GST. GST mempunyai kadar hanya 6%. 
  8. Secara perkiraan mudah, harga barangan dan perkhidmatan akan berkurang dalam lingkungan 10%. Namun, ramai yang khuatir sebaliknya. Ramai yang tahu sikap dan sifat peniaga Malaysia yang sentiasa mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barangan.
  9. Penentuan harga barangan di Malaysia tidak pernah dilakukan dengan jujur oleh golongan peniaga. Ini ditambah dengan puak yang mendominasi dunia bisnes di Malaysia adalah kaum Cina. Keadaan menjadi lebih buruk apabila hampir 80% kaum Cina menyokong pembangkang. Maka, ketidakjujuran ini akan menjadi bertambah parah.
  10. Falsafah Bajet 2015 adalah untuk membantu rakyat dalam menangani kos sara hidup. Itu sahaja menjelaskan harga barangan tidak mungkin meningkat. Namun, ada anasir yang sentiasa mahu dan menjajah Bangsa Asal negara ini dengan menggunakan kuasa perniagaan mereka. Maka, jika harga barangan naik, agenda mereka semakin jelas. Kitalah yang perlu bertindak untuk menghapuskan agenda tersebut.

No comments: