Search This Blog

Thursday, October 16, 2014

BAJET 2015 : SUBSIDI ATAU TIDAK SUBSIDI?


  1. Sebelum pembentangan bajet 2015, subsidi minyak dikurangkan sebanyak 20 sen seliter. Itu pun hanya melibatkan Petrol RON95 dan Diesel. Maka, ramailah rakyat dan pemimpin politik yang bising. Ada yang mengambil kesempatan untuk menaikkan nama sebagai hero rakyat.
  2. Pada tahun 2012, kerajaan memperuntukkan RM50 billion untuk bajet pembangunan. Jumlah ini berkurang kepada RM48 billion pada tahun 2013 dan seterusnya kekal pada nilai yang sama pada tahun 2014. Bajet pembangunan ini adalah asas kepada pembangunan dan kejayaan negara.
  3. Pada tahun 2012, kerajaan telah peruntukan RM44.1 billion untuk subsidi negara. Jumlah ini meningkat kepada RM43.5 billion pada tahun 2013 dan sehingga Jun 2014, kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM39.41 billion untuk menampung subsidi negara.
  4. Subsidi adalah bajet hangus yang diberi kepada semua orang yang tinggal di dalam Malaysia sama ada warganegara ataupun bukan. Maka jumlah ini sebenarnya sesuatu yang amat merugikan negara.
  5. Daripada nilai subsidi tersebut dianggarkan pada tahun 2012 sejumlah RM8.7 billion subsidi lesap disebabkan oleh aktivi penyeludupan barangan subsidi ke luar sempadan. Nilai ini berkurang pada tahun 2013 kepada RM7.6 billion, dan terus berkurang pada tahun 2014 kepada angka RM6 billion. 
  6. Ini beerti 20% daripada hak rakyat dibolot oleh rangkaian penyeludup untuk kesenangan dan kemewahan hidup mereka. Bakinya 80% lagi dikongsi oleh 35 juta orang yang menetap di Malaysia.
  7. Seandainya subsidi dikurangkan pada kadar 50% maka peruntukan subsidi akan dimasukkan ke dalam bajet pembangunan negara. Maka, untuk tahun 2012, bajet pembangunan akan berada pada nilai sekitar RM75 billion, RM70 billion pada tahun 2013, dan RM78 billion pada tahun 2014.
  8. Kenaikkan bajet pembangunan ini akan membuka ruang dan peluang ekonomi yang besar. Ekonomi ini pula akan menjana begitu banyak peluang pekerjaan kepada rakyat. Rakyat pula akan menyumbang kepada negara melalui cukai yang dibayar. Proses ini akan berterusan, dan negara akan lebih cepat mencapai Negara Perpendapatan Tinggi.
  9. Secara matematiknya, nilai subsidi yang sepatutnya kita terima setahun adalah RM125 sahaja setahun. Ini sebenarnya tidak cukup untuk menampung subsidi minyak kita selama dua bulan pun. Tapi disebabkan kita merampas subsidi orang lain yang tidak mempunyai kenderaan, maka kita sebenarnya merampas hak hampir 10 orang untuk menggerakkan kereta keta selama setahun.
  10. Secara bulanannya pula, kita hanya mendapat RM10.50 sen sebulan dari bajet subsidi ini. Tetapi dengan menghapuskan subsidi dan menggunakan bajet subsidi untuk bajet pembangunan, kerajaan akan mampu mewujudkan 10,000 peluang pekerjaan setahun. Untuk gaji minima sahaja, rakyat Malaysia akan memperolehi RM900 sebulan. Dalam masa 10 tahun, kerajaan mampu mengujudkan 100,000 peluang pekerjaan. Nilai ini adalah bersamaan dengan nilai RM108 billion. Itulah wang yang mampu dijana jika subsidi dihapuskan. 

No comments: