Search This Blog

Wednesday, November 5, 2014

BULI ASRAMA - KENAPA?


  1. Hanya dalam masa dua hari terdapat dua buah video berkaitan buli yang ekstream di asrama sekolah di Malaysia. Ada banyak kemungkinan di sini. Pertama, dua yang dirakamkan, mungkinkah ada puluhan lagi yang tidak dirakam? Kedua, dua yang disebarkan, mungkinkah ada puluhan lagi yang dirakam tetapi  tidak disebarkan?
  2. Soalan pertama, kenapa selepas dirakam dan diviralkan baru tindakan diambil. Apakah mungkin jika tidak ada rakaman dan tidak diviralkan. Maka pihak pengurusan sekolah yang berkenaan hanya mendiamkan diri.
  3. Sekolah mungkin akan menyembunyikan kes-kes salahlaku begini untuk melarikan diri daripada kegagalan pengurusan mengamalkan tadbir urus yang berkesan. Akibatnya, buli menjadi fenomena biasa di sekolah. Buli menjadi hiburan di asrama.
  4. Persoalan kedua, kenapa berlaku di asrama? Umum mengetahui, pelajar yang terpilih ke asrama adalah pelajar yang cemerlang. Apakah kejayaan tersohor asrama adalah menukar pelajar yang cemerlang ini menjadi gangster kelas pertama.
  5. Jelas sekali pengurusan asrama telah tersasar. Pengurusan yang tersasar ini selalunya berpunca daripada kelemahan ilmu pengurusan di kalangan pihak pengurusan organisasi. Kagagalan ini bukan lagi menjadi kegagalan bidang pendidikan, tetapi telah menjadi kegagalan negara. Penyumbang utamanya adalah sektor pendidikan.
  6. Persoalan ketiga adalah tindakan yang diambil amat lemah. Kejadian buli berlaku. Dirakam. Seminggu kemudian disebarkan. Barulah tindakan diambil. Bayangkan masa yang diperlukan untuk mengambil tindakan ke atas kes jenayah yang mempunyai bukti rakaman seperti ini. Lembab..selembab-lembabnya. Lemah...selemah-lemahnya.
  7. Dalam video kedua, pelajar yang dibuli nyata menjerit-jerit memohon bantuan. Kuat jeritannya. Saya yakin mampu didengari sejauh 100 meter. Sayangnya tiada bantuan yang tiba. Baik daripada guru mahupun daripada pelajar lain. Apakah tidak ada guru atau pengawas sekitar 100m dari tempat kejadian. Pelikkan!
  8. Isunya di mana guru yang bertanggungjawab? Di mana pula pengawas yang dilatih menjadi pimpinan masa hadapan. Kesemuanya kelihatan gagal. Tanggungjawab gagal dilaksanakan. Pendidikan gagal mencapai objektifnya.
  9. Budaya asrama berubah dengan begitu ketara. Asrama yang sepatutnya menjadi tempat paling unggul untuk membentuk pemimpin masa depan gagal sepenuhnya. Malah, asrama telah bertukar menjadi tempat melatih ketua gangster yang balik berkesan. Paling berjaya dan paling membanggakan. Di sini wajar diungkapkan tahniah kepada transformasi asrama sekolah.
  10. Semua ini membuatkan kita tertanya-tanya tentang peranan dan tujuan utama asrama sekolah. Tentang relevan dan siknifikan asrama kepada rakyat Malaysia. Tentang transformasi pendidikan. Tentang transformasi kerjaya perguruan. Tentang segala-galanya. Sebabnya amat mudah, pendidikan adalah segala-galanya bagi sesebuah negara. Maka, pendidikan tidak boleh menjadi penyumbang kegagalan negara.

No comments: