Search This Blog

Thursday, November 6, 2014

BULI ASRAMA - SEMBUNYI


  1. Saya baca di Utusan Malaysia hari ini. Alangkah terkejutnya saya apabila PDRM memaklumkan bahawa salah satu kes yang berlaku tersebut dilakukan pada Jun 2010. Sekarang telah hampir 2015.
  2. Jelas kepada kita bahawa tragedi tersebut berjaya disembunyikan selama hampir 5 tahun. Tahniah kepada pihak pengurusan sekolah tersebut. Dalam era mengejar Bai'ah ini menyembunyikan kebenaran menjadi perkara sunat kepada pengurusan sekolah.
  3. Salah seorang pelajar tersebut telahpun dibuang sekolah. Hukuman pukul beramai-ramai hanyalah dibuang sekolah. Tindakan yang sangat kejam hanya diberikan hukuman yang sangat tidak adil.
  4. Dibuang sekolah tersebut bukanlah ertinya dibuang daripada sistem pendidikan negara. Penjenayah tersebut masih boleh memohon untuk belajar di mana-mana sekolah bantuan kerajaan yang lain. 
  5. Saya setuju jika setiap remaja diberi peluang kedua. Saya juga mahukan satu hukuman yang lebih berat dikenakan. Bukan setakat buang sekolah, pada saya kesalahan jenayah perlu dihukum dengan hukuman jenayah.
  6. Hukuman mestilah menjadi satu bentuk teladan kepada semua remaja lain. Hukuman mestilah mampu membuat pelajar berfikir sebelum melakukan buli. Hukuman yang gagal membendung masalah yang sama berulang adalah hukuman yang sia-sia. Dalam erti kata lain, hukuman tersebut bersifat SANGAT BODOH.
  7. Apabila hukuman yang dikenakan bersifat sangat bodoh, secara tidak langsung orang yang menjatuhkan hukuman tersebut turut tergolong sebagai golongan sangat bodoh. Sesungguhnya orang yang sangat bodoh tidak boleh berada dalam dunia pendidikan.
  8. Sebagai bukti apabila video buli tersebut diviralkan, satu siasatan semula dilakukan oleh PDRM. Sebabnya mudah, Negara yang Berdaulat ini tidak mengiktirafkan hukuman yang diberikan sebagai satu hukuman.
  9. Mesti ada sebab kepada orang yang menyebarkan video tersebut. Sebabnya adalah mudah, satu hukuman bodoh telah diberikan kepada penjenayah ke atas jenayah yang dilakukan. Maka, media sosial digunakan.
  10. Dalam era media sosial dan media baru yang meletus sebegini hebat, menyembunyikan sesuatu kebenaran adalah tidakan paling bodoh. Tindakan paling bijak adalah membuktikan kebenaran telah didirikan. Sekali lagi saya katakan, sesungguhnya perkataan paling bodoh tidak boleh menjadi teraju utama pendidikan negara.

No comments: