Search This Blog

Monday, November 24, 2014

DILEMMA PERDANA MENTERI


  1. Dalam Fb banyak sungguh yang menghina PM sedia ada. Macam-macam sebab yang dikemukakan. Kepimpinan lemah, pengaruh isteri, membebankan rakyat dan sebagainya.
  2. Saya generasi X. Jadi saya tidak sempat merasai dan menilai PM di bawah Razak dan Hussain Onn. Pada masa itu saya masih kecil. Semuanya saya tidak ambil peduli.
  3. Tapi saya membesar, bersekolah, masuk universiti, kerja, dan membina kehidupan semasa Tun M memerintah.
  4. Saya nampak semua begitu hebat. Pentadbiran kerajaan berubah hampir 360 darjah. Semuanya jadi pantas. Pembangunan nampak pesat. Melayu jadi bertambah kuat.
  5. Sokongan ke atas PM pada zaman tersebut sangat mantap. PRU amat mudah meraih 2/3 kerusi Parlimen. Tun M menggantikan TPM satu demi satu. Tidak ada siapa ambil peduli. Yang penting, Malaysia terus maju ke depan.
  6. Namun setelah Tun M memecat TPM yang terakhir, maka Tun M dikecam. Tun M dipanggil Firaun, Mahazalim, Durjana, dan sebagainya.
  7. Bukan calang-calang orang Ustaz dan Pak-pak Lebai pun turut sama menghina Tun M. Sesama Islam mula menghina. Tun M dituduh berkonspirasi dan pembuat fitnah.
  8. Ketika di penghujung kepimpinannya Tun M dianggap barua bangsa dan negara oleh seteru politik beliau. Tak kira parti berasaskan Islam, berasaskan pejuangan individu ataupun parti yang pernah menumpahkan darah pada tahun 1969.
  9. Ketika itu Tun M begitu hina. Begitu jijik. Sehingga ada orang alim yang sanggup mendoakan kehancuran sesama Islam. Malah ada yang menganggap Tun M bukanlah Islam. 
  10. Namun sehingga kini Tun M terus sihat sedangkan para pendoa kehancuran beliau mula meniti penderitaan hidup. Walau jasa Tun M tidak pernah di pandang mulia, Tun M terus gigih menjadi Negarawan Terbilang. 
Bersambung...

No comments: