Search This Blog

Wednesday, December 10, 2014

AFF SUZUKI 2014 : MALAYSIA VS VIETNAM: BOLEH KE TAK?

  1. Tahniah Malaysia kerana layak ke separuh akhir. Perlawanan pertama di Shah Alam, Malaysia kalah 2-1. Apakah situasi Malaysia sekarang? Apakah yang penting dalam perlawanan ini?
  2. Situasi sekarang adalah begini. Jika Malaysia tewas dengan apa jaringan sekalipun, peluang Malaysia tertutup terus.
  3. Jika seri tanpa mengira jaringan, juga Malaysia akan gagal ke final. Jika menang dengan jaringan 1-0, maka Malaysia masih lagi kempunan untuk ke pentas akhir. Jika, Malaysia menang 2-1, maka masa tambahan akan diperlukan. Dalam masa tambahan, berdasarkan faktor usia pemain, nyata Malaysia akan tewas.
  4. Secara matematiknya, Malaysia perlu menang minimum 2-0 untuk layak ke final dan menentang Thailand. Layak ke final, Malaysia pastinya akan menjadi juara. Di final, Malaysia selalunya bermain dengan semangat yang paling tinggi.
  5. Untuk menang 2-0, maka strategi yang tepat adalah 4-2-4. Malaysia perlu meletakkan 4 orang pertahanan, 2 orang pemain tengah, dan 4 orang penyerang. Dua gol mesti diperolehi dalam separuh masa pertama.
  6. Pertahanan. Pemain pertahanan tengah mesti mantap. Mesti pemain yang sukar dibolosi. Tinggi, pantas dan boleh mengekang penyerang lawan. Calon untuk pertahanan tengah adalah Shukur Adan dan Fadzli Sas. Pertahanan kiri dan kanan adalah pertahanan yang boleh bertahan dan membantu serangan secara counter attack. Calon yang layak adalah Zubir Azmi dan S. Kunanlan.
  7. Pemain tengah paling penting. Bola yang dihantar tidak boleh hilang. Calon pemain tengah malam ini paling penting buat Malaysia. Perlu stamina yang banyak. Pemain yang kreatif walaupun dalam keletihan. Juga mampu menjaringkan gol dari luar petak penalti. Calon yang saya harapkan adalah Shafik dan Piya. Jika dua pemain ini tidak digandingkan, maka kegagalan boleh diletakkan ke atas bahu jurulatih.
  8. Penyerang perlu profilik iaitu penyerang yang tidak akan mensia-siakan peluang. Saya cadangkan penyerang tengah adalah Amri Yahyah dan Safee. Sementara penyerang kiri dan kanan diberikan kepada Mat Yo dan Indera Putra. Gabungan ini perlu bertukar-tukar posisi. Gabungan ini mampu mencipta gol walaupun bermain sesama sendiri. 
  9. Saya jangkakan Vietnam akan mencari gol awal untuk menarik semangat Malaysia. Ketika 15 minit pertama, pasukan Malaysia mesti telah 100% bersedia. Tidak ada sebarang kesalahan boleh dilakukan dalam masa ini. Hantaran mesti tepat. Peluang mesti digunakan sepenuhnya.
  10. Seandainya jaringan mampu dibuat dalam tempoh 20 minit pertama, Malaysia akan ke final. Namun, jika jurulatih masih menggunakan strategi TAKUT-TAKUT, Malaysia akan gagal sepenuhnya. Semua pemain sempurna, kegagalan ke final adalah kegagalan jurulatih sepenuhnya. KITA LIHAT STRATEGI DOLAH malam ini.

No comments: