Search This Blog

Thursday, December 11, 2014

AFF SUZUKI 2014 : MALAYSIA Vs VIETNAM; BOLEH KAN!


  1. Sejarah sebenarnya bukan untuk kita membetulkan kesilapan masa lalu. Sejarah mengajar kita tidak mengulan kesilapan lalu pada masa sekarang supaya tidak diungkit sebagai kebodohan pada masa lalu. Sejarah juga dicipta setiap hari, namun sebahagian besarnya hanya menjadi cerita biasa yang gagal dicatat sebagai sejarah.
  2. Semalam Malaysia mencipta sejarah dalam AFF Suzuki sepanjang masa. Kebangkitan luar biasa yang hanya mampu dibuat oleh 1 daripada setiap 10,000 perlawanan. Menang dengan membaham Vietnam 4-2. Terus layak ke final AFF Suzuki 2014.
  3. Bolasepak adalah result oriented game. Perlu memaparkan keputusan menang dalam tempoh permainan. Dalam AFF Suzuki tempoh permainan adalah 180 minit atau 3 jam. Perlawanan pertama 90 minit, rehat dan perlawanan kedua ada lagi 90 minit.
  4. Mengapa Malaysia menang malam tadi. Dalam tulisan saya sebelum ini saya telah gambarkan strategi yang perlu Malaysia gunakan. Walaupun saya tiada hubungan dengan FAM, namun strategi tersebut digunakan. Keputusannya, Malaysia menang. Bukan sedikit, sebaliknya 4-2. 
  5. Dalam satu perlawanan bola sepak hanya ada dua strategi. Satu strategi yang betul dan satu lagi strategi yang salah. Yang betul menang dan yang kalah akan gagal. 
  6. Sttrategi yang betul akan dibuat berdasarkan strategi lawan pada perlawanan pertama. Merungkai semua kelemahan lawan dalam masa yang sama mencari kelemahan lawan. Dalam AFF Suzuki, pemerhatian dan analisa ini boleh dibuat dalam perlawanan pertama.
  7. Namun, analisa ini hilang makna jika kita kalah teruk dalam game pertama. Jadi strategi dalam game pertama harus juga mantap. Jika bermain di tempat sendiri lain strateginya, jika bermain di tempat lawan, lain pula strateginya.
  8. Malam tadi sebenarnya strategi yang digunakan adalah untuk memadamkan kelebihin dua gol Vietnam di Shah Alam. Maka, gol-gol awal dicari. Berhasil. Dalam separuh masa kedua pula, strategi selamat digunakan iaitu untuk mempertahankan kelebihan yang ada. Juga berhasil.
  9. Semangat yang terapkan pula adalah 'biar bermandi darah'. Kalah atau seri bukan pilihan. Menang sedikit juga bukan pilihan. Kenara itu semangat perjuangan mesti di tahap maksima. Serang dan terus serang. Berjaya. Tahniah Dolah dan Pasukan Harimau Malaya.
  10. Separuh akhir sudah. Dan seterusnya kita akan ke perlawanan Akhir pertama pada 17 Disember 2014. Jangan kembali ke Malaysia. Terus ke Bangkok. Suaikan diri. Pasang strategi. Strategi yang tepat akan membawa hasil yang berlipat. Nantikan strategi sebenar Perlawanan Akhir dalam siri akan datang.

No comments: