Search This Blog

Sunday, December 14, 2014

AKHIR AFF SUZUKI 2014 - BOLEH KE TAK?


  1. Sampai juga Malaysia ke perlawanan akhir pada 17 dan 20 Disember 2014. Ada lagi dua perlawanan yang menjadikan AFF Suzuki begitu unik. Malaysia juga unik, bangkit hebat di tempat lawan untuk menempah tempat ke perlawanan akhir.
  2. Perlawanan pertama di Thailand. Pada saya dalam perlawanan ini tidak perlu menang. Ini sebenarnya bukan perlawanan akhir. Tetapi lebih kepada perlawanan meninjau dan membaca strategi lawan.
  3. Thailand adalah pasukan lengkap. Bermain pantas dan bersih. Kekuata Thailand adalah di barisan tengah dan penyerang. Dua posisi ini sangat mantap. Bola yang dihantar amat jarang terlepas kepada lawan.
  4. Kelemahan Thailand adalah barisan pertahanan yang mudah leka. Namun kelemahan ini sedikit tertutup dengan kehebatan penjaga gawang T. Kawen. Penjaga gol yang bertubuh sasa ini kelihatan amat sukar untuk ditewaskan.
  5. Kekuatan Malaysia pula adalah kepada barisan pertahanan yang amat berdisiplin dan mempunyai komunikasi yang amat baik. Barisan pertahanan ini dilengkapi pula oleh penjaga gawang yang mempunyai firasat yang sangat tepat. Gabungan dua posisi ini menjadi Malaysia pasukan terkental di antara semua 8 pasukan yang bertanding.
  6. Pemain tengah Malaysia bukan lemah. Sebaliknya gabungan yang betul akan menjadikan pemain tengah Malaysia setanding Thailand. Persoalannya siapakah gabungan yang betul ini. Saya masih mempertaruhkan Shafik Rahim dan pasangannya adalah pemain mudah yang sangat bertenaga.
  7. Barisan serangan Malaysia selalunya tidak begitu berkesan. Harus diingat dalam bolasepak, gol bukan sahaja boleh dihasilkan oleh penyerang, sebaliknya boleh juga dihasilkan oleh pemain-pemain lain. 
  8. Maka saya cadangkan, pemain tengah yang dipilih nanti adalah pemain tengah yang juga mampu menjari gol. Setakat ini Shafik Rahim merupakan pemain tengah yang paling banyak menjaringkan gol. Maka pemilihan Shafik adalah muktamad.
  9. Isunya adalah gandingan beliau. Di antara Gary, Piya, dan Hafiz Kamal, satu analisa mesti dibuat untuk mencari gabungan Shafik. Variabel pemilihan adalah ketepan hantaran sama ada dekat dan jauh, stamina, kreativiti dan kemampuan untuk menjaringkan gol.
  10. Jika gabungan yang dibuat tepat, maka Malaysia boleh menggunakan strategi rancang dan serang dengan sesekali melancarkan serangan tergempar. Jika strategi ini berjaya, maka saya amat yakin, Malaysia mampu mencatat kemenagan tipis di Bangkok.

No comments: