Search This Blog

Sunday, December 21, 2014

AFF SUZUKI 2014 : SATU TITIK MULA?


  1. Tahniah Dolah dan Harimau Malaya yang menjadi naib juara piala AFF Suzuki 2014. Tahniah juga Shafik Rahim yang menjadi penjaring terbanyak. Jutaan tahniah untuk semua peminat yang telah memberi sokongan padu sehingga wisel akhir dibunyikan.
  2. Pencapaian selaku naib juara sebenarnya tidak membawa sebarang makna jika diukur dari sudut kejohanan. dalam mana-mana kejohanan, hanya juara akan diukir nama pada piala yang direbut.
  3. Pada kejohanan 2014, Harimau Malaya telah berjaya melakar satu kejutan yang berimpak tinggi. Kalah di perlawanan pertama dan mencatat kemenangan dalam perlawanan akhir. Malah, Harimau Malaya hampir mengulang sejarah gemilang 2010.
  4. Yang paling menarik, Harimau Melaya telah kembali membuatkan rakyat Malaysia ke stadium untuk menyaksikan kemenangan negara. Dalam perlawanan akhir tersebut, Harimau Malaya berjaya merealisasikan impian setiap rakyat Malaysia. Menang, namun tidak menjadi juara.
  5. Sebenarnya menang dan menjadi juara adalah dua perkara yang sangat berbeza. Menang tidak semestinya menjadi juara. Malah dalam AFF Suzuki 2010 dan 2014, juara adalah bukan pemenang perlawanan terakhir.
  6. Kerana itu untuk menjadi juara, satu perancangan rapi hendaklah dibuat dengan skrip yang amat mantap. Skrip dan plot mesti selari, tetap, natural dan mampu menampakkan pencapaian tanpa mengira jauh mana pencapaian tersebut.
  7. Memang masa untuk Harimau Malaya kali ini hanya dalam 2 atau 3 bulan. Namun, Harimau Malaya sebenarnya bukan diwujudkan oleh Dolah Salleh, sebaliknya oleh FAM. Mesti ada anak harimau, ibu harimau, harimau matang dan harimau bijak untuk melengkapkan Harimau Malaya yang jitu.
  8. Kesemua 22 pemain yang didaftarkan anak harimau yang terbaik di kalangan terbaik. Jika itu adalah yang terbaik, maka, usaha peningkatan bolasepak negara sudah sampai kepuncaknya. Jika itu bukan yang terbaik, maka pembaka harimau itu bodoh dan gagal.
  9. Soalnya siapakah pembaka harimau? Dolah Salleh atau FAM. Jika Dolah Salleh, amatlah mustahil untuk beliau mambaka harimau terbaik dalam masa 3 bulan. Jika FAM, amatlah berdosa jika gagal membaka harimau terbaik walau sudah membaka selama puluhan tahun.
  10. Isunya jurulatih hanya merancang strategi. Strategi tersebut akan dilaksanakan oleh harimau. Hanya harimau terbaik yang mampu memahami dan melaksanakan strategi terbaik. Maka, usaha untuk membaka harimau terbaik perlu dilipat gandakan. Jika ini gagal dilakukan, maka AFF Suzuki 2014 akan menjadi titik mula kejatuhan Harimau Malaya.

No comments: