Search This Blog

Sunday, December 28, 2014

BANJIR 2014 : SIAPA YANG BASAH?


  1. Banjir sebenarnya satu rutin tahunan di Kelantan dan negeri-negeri pantai Timur. Maka, banjir bukan lagi bencana, sebaliknya banjir akan menjadi medan pengukur keberkesanan pengurusan negeri-negeri di sana.
  2. Saya hanya ingin menyentuh tentang banjir di Kelantan. Apakah punca sebenar banjir? Hujan yang lebat atau air laut yang naik ke darat? Kalau hujan, mustahil boleh banjir kecuali jika didatangkan bala dalam bentuk banjir besar.
  3. Mustahil pula bala boleh datang setiap tahun. Mungkin juga boleh jika saban tahun kesalahan yang sama dilakukan oleh segolongan manusia yang sama. Malah jika kesalahan dan golongan tersebut menjadi besar, mungkin bala yang datang semakin besar.
  4. Tetapi itu tidak penting. Malah tidak ada sesiapa yang berani mendakwa sama ada hujan yang turun tanpa henti dan menyebabkan banjir di Kelantan merupakan satu bala. Yang pasti, Kelantan adalah negeri paling teruk di landa banjir.
  5. Ketika ini yang paling diuji adalah Kerajaan PAS Kelantan serta sekutu mereka dari DAP dan PKR. Kegagalan menangani banjir akan memperlihatkan kebodohan dan kedangkalan pemimpin negeri.
  6. Ternyata gagal. Banjir semakin teruk. Segalanya menjadi semakin kritikal. Doa ulamak semakin pudar kesampaiannya. Maka, ulamak semakin terserlah ketidakbenarannya. Manakan tidak, bila doa tidak lagi makbul, maka keimanan kita sebenarnya telah terhakis.
  7. Kepimpinan BN pula begitu sibuk membantu Kelantan. Ini amat menghairankan saya. Kenapa PM dan barisan kepimpinan BN dan UMNO membantu. Kelantan adalah musuh utama UMNO. Hanya di Kelantan doa diaminkan untuk musnahkan UMNO dalam stadium yang kini menjadi kolam renang.
  8. BN dan UMNO sepatutnya hanya mengirimkan doa. Hanya perlu mendirikan solat hajat memohon Kelantan dipulihkan. Hanya perlu berdoa dan terus berdoa. Bukankah doa itu senjata utama umat Islam. Itu ayat yang dilontarkan sebelum doa kemusnahan UMNO diaminkan beramai-ramai dahulu.
  9. Namun BN terus membantu. UMNO terus membantu. Walau dalam ketika itu DAP dan PKR terus memfitnah BN dan UMNO. Disinilah menjelaskan siapa lebih Islam daripada siapa? Siapa lebih bertanggungjawab daripada siapa? Siapa lebih bijak daripada siapa? Ternyata yang bodoh akan terus ditimpa musibah.
  10. Analoginya begiti. Jika Rasulallah itu sendiri pun memerlukan tentera untuk berperang, apa lagi kita insan hina. Doa sahaja tanpa usaha, kita sebenarnya membodohkan pengikut kita. Banjir di Kelantan, anda teka siapa yang basah?

1 comment:

Anonymous said...

Saya menyesal membaca tulisan anda. Tiada fakta dan rumusan yang tersasar