Search This Blog

Monday, December 29, 2014

BANJIR 2014: SEJUK SELEPAS BASAH


  1. Bantuan diberikan 24 jam. Tiada ucapan terima kasih. Tiada ucapan syukur dan alhamdullilah. Tiada sebarang balasan yang diperlukan. Bantuan diberikan sebagai tanda manusia yang bertanggungjawab.
  2. Bayangkan 24 jam bekerja keras untuk membantu hampir 200 ribu mangsa banjir di Kelantan. Kuala Krai tempat YB PR yang benabur janji macam-macam. Tempat yang hampir lumpuh sepenuhnya selepas banjir.
  3. Mengapa Kuala Krai? Mengapa bukan Kuala Selangor? Atau Kuala Kangsar? Ketiga-tiga kuala ini banjir, namun yang hampir musnah adalah Kuala Krai.
  4. Mana yang lebih hampir dengan sungai dan laut? Jawapannya Kuala Selangor. Mana yang hampir dengan hutan kuala sungai? Jawapannya Kuala Kangsar. Namun kenapa Kuala Krai pula yang sejuk selepas basah?
  5. Jawapannya mudah, Kuala Krai paling hampir dengan hutan simpan. Hutan yang disimpan untuk menyerap air dan mengelak daripada berlakunya banjir lumpur. Namun, bencana tersebut tetap berlaku. Malah, sangat dahsyat.
  6. Mungkin ada petunjuk di situ. Maaf, bukan mungkin, namun memang ada petunjuk di situ. Hanya yang cerdik dan berfikir sahaja faham apa petunjuk itu. Yang terus lena dan asyik mendengar ceramah fitnah akan terus buta dan buta serta buta.
  7. Siapa yang membantu selama 24 jam di Serambi Mekah tersebut? Tak perlu disebut. Semuanya tahu. Apakah golongan manusia hebat ini mendapat balasan yang sepatutnya. Ya...memang mereka mendapat balasan.
  8. Balasan pertama adalah fitnah yang juga dilakukan selama 24 jam. Gambar YB Menteri memberi makan kucing, diubahsuai menjadi YB Menteri menyembelih kucing. Gambar bantuan makanan diubahsuai menjadi gambar kempen BN. 
  9. Balasan kedua adalah mengangkat hero yang tiada setaraf hero yang ada. Mungkin bijak atau bukin membuang sifat bijaksana, mengangkat orang yang tiada di tempat yang diperlukan menjadi hero, 
  10. Yang nyata sekali kita membiarkan diri kita basah, maka kita akan terus dilanda kesejukkan. Dan apabila sejuk meresap ke tulang hitam, kita akan kekerasan dalam kesejukkan yang kita sendiri pilih. 

No comments: