Search This Blog

Tuesday, December 30, 2014

BANJIR 2014: UJIAN ATAU BALASAN


  1. Memang ada beza di antara ujian dan balasan. Ujian untuk menilai sesuatu. Balasan pula untuk menghukum. Maka, perbezaan di antara ujian dan pembalasan adalah amat ketara.
  2. Dari sudut bencana alam, ujian dan pembalasan juga berbeza. Ujian dalam bentuk bencana alam tidak akan diturunkan kepada kumpulan manusia yang banyak. Pembalasan sebagai hukuman pula akan diturunkan kepada seluruh kawasan yang selalunya membuat onar.
  3. Dalam kisah Nabi Luth A.S., seluruh negara Sodom diangkat dan diterbalikkan sehingga menjadi Laut Hitam. Musnah secara total. 
  4. Dalam kisah Nabi Nuh A.S. pula seluruh negeri dilanda banjir besar. Tiada yang terselamat kecuali pengikut setia Nabi Nuh yang berada di atas bahtera. 
  5. Dua contoh di atas adalah contoh pembalasan Allah ke atas keengkaran manusia untuk beriman kepada Allah. Iman yang berbeza membuatkan manusia menjadi berpuak-puak. Keyakinan ke atas seruan yang benar dan seruan yang palsu menjadikan pepecahan manusia semakin parah.
  6. Pepecahan manusia selalunya dibalas dengan bencana yang besar. Yang menjadi mangsa bencana ini adalah golongan yang menentang kebenaran, sementara golongan yang terselamat pula adalah golongan yang mengikut jalan yang benar.
  7. Dalam kes banjir ini adalah sukar untuk kita mentakrifkan bencana ini sebagai balasan atau ujian Allah. Banyak indikator yang perlu diambilkira. Co0ntohnya bilangan mangsa, bilangan rumah yang musnah, bilangan kematian, dan kadar kepayahan memberikan bantuan. Semuanya boleh menjadi petunjuk di kawasan mana banjir itu ujian dan di kawasan mana pula banjir itu menjadi pembalasan.
  8. Ujian atau pembalasan bukanlah begitu penting. Selalunya ada kebaikkan selepas ujian atau balasan. Manusia akan kembali bersatu.
  9. Namun penyatuan ini selalunya tidak kekal lama. Pada bencana 1969, mereka telah bersatu sehingga tahun 1990. Banyak kemajuan dan kemakmuran yang dijana daripada penyatuan tersebut. 
  10. Namun, dalam bersatu itu perlu ada penmyingkiran. Akan wujud ketamakan kuasa yang akan menghalalkan sebarang cara. Dan penyatuan itu pun pecah kembali. Apabila pecah semakin parah, akan ada ingatan untuk kita kembali bersatu. Ada kalanya, ingatan itu sangat KERAS.

No comments: