Search This Blog

Thursday, January 1, 2015

BANJIR 2014 : BELAJAR DARI KEMAMAN


  1. Walaupun tahun dah berganjak ke 2015, banjir masih lagi belum surut. Malah ada tempat yang paras air tidak mahu berkurang. 
  2. Di Pantai Timur, semua negeri banjir. Yang paling teruk adalah Kelantan dengan manik Urai lenyak daripada peta Malaysia. Di negeri-negeri lain, banjir adalah rutin hujung tahun penduduk setempat.
  3. Banjir adalah ujian dan pembalasan. Kalau ditanya pendapat saya, Kemaman adalah ujian. Pada saya banjir di Kemaman adalah ujian yang paling berjaya diharungi.
  4. Ahli Parlimen Kemaman telah mula merangka, merancang dan menganalisa SOP banjir sebaik sahaja banjir besar melanda Kemaman pada tahun 2012.
  5. SOP ini dibuat versi demi versi untuk mempastikan kebolehpercayaan perlaksanaan berada pada tahap 100%. Saya percaya hanya Kemaman yang mempunyai SOP Banjir yang terkini dan siknifikan.
  6. Pada bulan November bertempat di Awana Kijal, segala bantuan telah disampaikan kepada Pengerusi JKKK. Saya sendiri hairan, mengapa diberikan bot, beras, sleeping bag, selimut, gas, dapur dan segala macam bantuan.
  7. Saya juga percaya, ramai yang beranggapan bantuan tersebut merupakan satu pembaziran jika banjir tidak berlaku. Memang ketika itu, todak ada tanda-tanda banjir akan berlaku di Kemaman.
  8. Lebih menghairankan semua infrastruktur dinaiktaraf. Sebagai contoh, pemain industri telekomunikasi diarahkan menaikkan aras pemancar lebih tinggi daripada aras banjir 2012. Memang nampak bijak. Nampak bersedia. Nampak benar pilihan Kemaman tepat untuk memiliki seorang Wakil Rakyat yang visualise.
  9. Lebih menghairankan saya, YB tersebut mendapatkan semua bantuan tersebut melalui tajaan syarikat swasta tanpa bantuan wang pembayar cukai. Lagi hairan, syarikat daripada negara-negara jiran juga turut menyumbang.
  10. Dalam semua kehairanan saya ini, jika kita menyemak peti undi untuk semua Parlimen Kemaman, kita akan lebih hairan ada satu peti undi untuk kawasan elit di Kemaman yang menolak YB ini secara total. Alasan yang dikemukakan adalah kerana mereka terganggu dengan pembinaan LPT. Semoga kita semua belajar dari Kemaman untuk menghadapi banjir.

No comments: