Search This Blog

Monday, January 5, 2015

BANJIR 2014 : APAKAH KITA BELAJAR?


  1. Saya sesungguhnya simpati kepada mangsa banjir di seluruh Malaysia. Namun, saya sangat simpati kepada mangsa-mangsa banjir di Kelantan khususnya di Manik Urai.
  2. Kemusnahan yang hampir 100% di Manik Urai sukar untuk digambarkan. Kediaman dan harta benda yang dikumpul puluhan tahun musnah dibawa arus banjir.
  3. Sama ada banjir ini satu pembalasan atau ujian bukanlah satu isu utama yang perlu dikupas. Jika mereka bersalah, pembalasan yang mereka terima mungkin sudah setimpal. Jika mereka tidak bersalah, ujian yang mereka terima amatlah besar.
  4. Banjir 2014 telah membuka jalan maha maha terang. Jika banjir ini amaran awal, percayalah bencana yang akan mendatang akan semakin besar. Jika, banjir ini ujian, jika kita gagal, kesannya pasti diwarisi generasi demi generasi, Setiap ujian menuntuk kita lulus untuk kita terus mampu mendaki ke puncak kehidupan.
  5. Kerana itu kita perlu belajar daripada musibah ini. Musibah ini mengajar kita sebenarnya sama. Kamu dan aku sama-sama Melayu. Sama-sama Islam, Sama-sama rakyat Malaysia. Sama-sama perlu bangun untuk memajukan bumi Malaysia ini.
  6. Kesemua kesamarataan ini hilang makna jika kita berpecah. Kita dipecahkan oleh isu siapa lebih Islam. Siapa lebih alim. Siapa pejuang Islam. Siapa jahat. Siapa ahli neraka. Kita dijadikan sangat berbeza supaya kita terus mampu mereka pecahkan.
  7. Semakin hari kita terus terpecah. Orang yang memecahkan kita pula terus mengaut khazanah bangsa dan negara. Semakin kita terpecah, mereka semakin kaya, semakin tamak, dan semakin kurang ajar kepada kita.
  8. Apabila datang musibah, kita mula kenal siapa kawan dan siapa lawan. Peliknya, lawan yang sering kita fitnah, maki hamun dan kafirkan datang membantu tanpa dipinta. Kawan pula hilang entah ke mana.
  9. Mereka yang meminta kita berpecah terus menabur fitnah. Politik jahat ada di mana-mana. Namun, politik jahat tidak boleh berada bersama kita. Jika ada, musibah seterusnya tidak perlu dibayangkan.
  10. Musibah dan ujian mengajar kita mengenal diri. Mengenal rakan dan mengenal orang selama ini kita benci. Kemudian kita menilai. Jika kita terus membenci, maka kita tidak belajar daripada musibah ini. 

No comments: