Search This Blog

Wednesday, January 7, 2015

BANJIR 2014 : HALANGAN KEPADA SOP


  1. Kecemasan dan bencana adalah dia perkara berbeza. Setiap organisasi akan bebas membuat latihan kebakaran kerana kebakaran selalunya bersifat kecemasan. Tetapi amat jarang organisasi yang membuat latihan bencana.
  2. SOP bencana hendaklah berasaskan kepada 'Pray for the best but prepare for the worst'. Prepare for the worst itulah yang akan menghadapi halangan peraturan sedia ada.
  3. Halangan pertama adalah peraturan perolehan kerajaan. Kerajaan hanya ada perolehan untuk kecemasan tetapi tidak mempunyai peraturan perolehan untuk persediaan bencana.
  4. Jika, JKM hendak membuat perolehan bekalan makanan untuk 45,000 orang selama 10 hari, maka jumlah yang diperlukan adalah lebih kurang lima juta ringgit. Maka, perolehan tersebut perlu dibuat melalui tender terbuka.
  5. Proses untuk mendapatkan kelulusan tender adalah sangat rumit. Masa yang diambil terlalu panjang. Peraturan ini akan menyebabkan mangsa banjir mati kebuluran. Kemudiannya makanan akan sampai. Maka, pembaziran akan berlaku.
  6. Halangan kedua adalah pembangunan fizikal. Bayangkan jika kawasan yang selalu banjir ingin membina kawasan pendaratan helikopter yang siap dengan kordinat pendaratan. Pasti pengurus perolehan akan ketawa. Pasti pembangkang akan menuduh pemberian projek kepada kroni. Maka, kawasan pendaratan tersebut tidak akan berjaya dibina.
  7. Halangan ketiga adalah birokrasi. Mangsa banjir perlu dipindahkan sebelum banjir besar bukannya semasa banjir. Untuk itu persediaan rapi perlu ada. Setiap keluarga perlu diberitahu pusat pemindahan mereka.
  8. Ini akan menjadikan pusat pemindahan sesuai dengan jumlah mangsa dan barangan keperluan yang disediakan. Isunya, bolehkah tempat pemindahan disediakan dan dilengkapi dengan segala keperluan sebelum berlakunya banjir.
  9. Jawapannya tidak sama sekali. Akan ada laporan negatif daripada Jabatan Audit jika banjir tidak berlaku. Ada ada pegawai yang disiasat SPRM jika banjir tidak berlaku. Ada ada ahli politik jahat yang menyalak. 
  10. Maka sudah sampai masanya kerajaan Malaysia dengan kerjasama Kementerian Kewangan, JKM, MKN, Bomba, dan sebagainya duduk bersama mengkaji dan merangka satu dasar perolehan menghadapi bencana. Jika ini gagal disiapkan, bencana terus akan menjadi bahana besar kepada negara.

No comments: