Search This Blog

Monday, January 5, 2015

BANJIR 2014 : PENGURUSAN AIR EMPANGAN


  1. Banjir, hujan, empangan, sungai, penerokaan balak haram, pencerobohan kawasan tadahan, dan pengurusan bencana adalah beberapa elemen yang perlu diregresikan untuk membentuk satu model pengurusan bencana yang mantap.
  2. Apa pun sebabnya, ada lagi satu faktor yang tidak kurang hebatnya. Faktor tersebut adalah ramalan cuaca. 
  3. Dari saya kecil sehingga sekarang, ramalan cuaca di Malaysia tidak pernah tepat. Lebih mendukacitakan lagi, Jabatan Meteriologi tidak pernah menyatakan ketepatan ramalan mereka. Justeru, ramalan oleh jabatan ini hanya sama tarafnya dengan ramalan tok bomoh hujan. Minggu ini diramalkan hujan lebat di Negeri Sembilan. Dan sepanjang minggu ini, tidak ada setitik hujan pun turun di Seremban, Kuala Pilah, Port Dickson dan Jelebu. 
  4. Jika rakyat Malaysia semua masih ingat, sebelum banjir besar ini berlaku, Malaysia dilanda krisis kemarau. Banyak empangan yang sudah sampai ke tahap simpanan air kritikal.
  5. Ramalan cuaca ketika itu adalah Malaysia akan menghadapi kemarau panjang kesan El-Nino ini dan akan berakhir pada Mac 2015. Ternyata ramalan ini salah sama sekali. Malah, ramalan ini sebenarnya membantutkan tindakan awal menghadapi banjir.
  6. Banjir selalunya diakibatkan oleh hujan. Air yang dikumpulkan dalam empangan akan naik secara mendadak. Pengurusan empangan akan bergantung kepada ramalan cuaca. Jika diramalkan air akan berkurang, maka empangan akan menakung sebanyak air yang mampu.
  7. Dan ramalan itu salah sama sekali. Akibatnya air yang berlebihan hampir 300% akan menjejaskan struktur empangan. Jika pecah, kesannya amat sedih.
  8. Empangan Sungai Terip di Seremban sahaja bersaiz 50 km persegi. Seandainya empangan ini pecah, maka air yang keluar mampu memusnahkan 150km persegi kawasan. Kerana itu, melepaskan air empangan ketika musim banjir adalah tindakan yang tepat.
  9. Pelepasan air terkawal daripada empangan ini pastinya akan menambahkan derita dan tempoh banjir. Maka, masa adalah faktor utama untuk melepaskan air empangan. Jika air empangan dilepaskan pada masa yang tepat, maka banjir akan berkurang pada tahap yang sangat siknifikan.
  10. Sebelum tiba musim hujan, empangan sepatutnya melepaskan airnya sehingga berada pada paras seminima mungkin. Jika ini dilakukaan, empangan mampu menampung 70% daripada air hujan yang turun. Banjir tidak akan berlaku. Tetapi, jika hujan tidak turun, bekalan air bersih negara akan terjejas. Kerana itu, ramalan cuaca di Malaysia hendaklah sangat tepat. Jika, ramalan yang dikeluarkan sentiasa salah, maka jabatan tersebut tidak lagi relevan untuk negara ini.

No comments: