Search This Blog

Monday, January 12, 2015

K-POP: APAKAH PERLU DIKAWAL?


  1. Demam rock pada era 90-an telah menimbulkan kerisauan yang amat kepada kerajaan Malaysia. Sebahagian besar masyarakat bimbang rock akan menjadi budaya akan akan terus menakluki jiwa dan minda generasi akan datang.
  2. Ketika itu, kesemua pemuzik dan penggiat rock adalah anak tempatan. Permohonan konsert mereka diperketatkan. Cara tingkahlaku dikawal. Lirik lagu ditapis dan terus ditapis. Malah, nota petikan gitar juga digaris panduankan.
  3. Rock bukan sahaja muzik. Sebaliknya rock adalah cara hidup bagi sesetengah kumpulan manusia. Rock ada etika berpakaian, berkomunikasi dan sebagainya. Tidak hairanlah, rock yang sangat sesuai dengan semua disiplin rock akan nampak sangat kutu.
  4. K-Pop mempunyai etika yang berlawanan. Cara berpakian yang yang sangat segak. Muzik yang harmoni. Komunikasi yang sopan. Persembahan yang penuh santun. K-Pop penuh dengan sifat 'gentlemen'. Segabai muzik 'gentlemen', tawanannya adalah 'blind ladies'.
  5. Di sebalik segala sifat 'gentlemen' itu, budaya K-Pop tetap berbeza dengan bidaya kita. K-Pop itu diimport. Yang diimport bukan barangan, sebaliknya budaya. Kawalan yang jelas perlu ada.
  6. Saya cadangkan diadakan SOP kelulusan permit yang jelas untuk permohonan kelulusan konsert K-Pop. SOP tersebut sepatutnya mengandungi larangan bukan sahaja dari segi persembahan, sebaliknya konten persembahan tersebut.
  7. Setiap lirik lagu yang akan diperdengarkan perlu diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu. Agensi yang berkenaan, mampu menilai kesan lirik tersebut kepada masyarakat. Lirik selalunya berkait rapat dengan budaya sesebuah negara.
  8. Konsep persembahan juga perlu diperjelaskan bukan sahaja dalam bentuk kata-kata. Sebaliknya mesti jelas menghalang hubungan fizikal di antara penghibur dan peminat. Peminat selalunya akan lemah lentok apabila rapat dengan penghibur. 
  9. Kalangan audien juga perlu jelas. K-Pop hanya sesuai untuk penonton yang berusia 21 tahun ke atas. K-Pop adalah budaya luar. Penonton yang hadir mestilah penonton yang mampu berfikir dan membezakan kesesuaian budaya import dengan negara, bangsa dan agama.
  10. Jika kita mengenakan syarat yang ketat kepada konsert rock, dangdut, malah dikir barat di Kelantan, maka sudah sampainya masanya kita mengenakan syarat yang ketat kepada K-Pop. Bukan untuk menghalang keluasan jajahan K-Pop, sebaliknya untuk meluaskan jajahan budaya kita dalam jiwa setiap rakyat Malaysia.

No comments: