- Budaya Malaysia hari ini semakin bercelaru. Banyak perkara yang sukar untuk dipisahkan. Agama dan politik menjadi keliru, yang mana mendominasi yang mana? Dalam era lambakan pendakwah bebas, berlaku pula lambakan kerosakan moral rakyat Malaysia. Ceramah agama dan hiburan juga mempunyai garis pemisah yang semakin menipis.
- Banyak perkara kebaikkan yang telah dilakukan oleh kerajaan. UTC sebagai contoh, begitu efisien dalam menyelesaikan masalah rakyat. Sayangnya UTC terus dihentam sebagai satu pembaziran. Jelas, pelaburan kerajaan dan kehendak rakyat menjadi dua perkara yang sangat berbeza.
- Begitu juga dengan kawalan harga petrol di Malaysia. Apabila subsidi minyak ditarik balik, dan harga runcit minyak diselaraskan mengikut bulan, ada pula tekanan untuk dipulangkan semula subsidi. Peliknya harga tanpa subsidi ini jauh lebih murah berbanding subsidi.
- Begitu jelas sekarang ini, subsidi bukanlah alat yang tepat untuk membantu rakyat yang berpendidikan. Sebaliknya subsidi hanya akan menjadi alat mengaut kekayaan bagi rakyat yang tidak bertanggungjawab.
- Dalam kes K-Pop, ada tingkahlaku sumbang di atas pentas. Dalam konsert akhir gegar vagansa juga ada tingkah laku yang lebih sumbang di atas pentas. Satu akan diambil tindakan. Manakala satu lagi terus dibiarkan.
- Agensi yang sama sepatutnya mengambil tindakan ke atas kesalahan yang sama. Peruntukan dan undang-undang yang digunakan adalah sama. Undang-undang pula adalah alat untuk menegakkan keadilan. Mahkamah pula adalah tempat untuk menegakkan undang-undang.
- Perbezaan tindakan dalam perlaksanaan undang-undang hanya akan menjadikan undang-undang itu nampak tidak adil. Kesannya, mahkamah akan menjadi tempat melaksanakan kecelaruan undang-undang.
- Dalam politik, pembangkang begitu gemar menjadi wira pejuang yang tegar. Semua usaha kerajaan dihentam tanpa fakta yang jelas. 1MDB, NFC, dan pelbagai projek yang bersifat pelaburan berasaskan modal dihentam untuk mewujudkan persepsi 'Kerajaan Korup'. Jatuhlah projek tersebut tanpa sempat meraih keuntungan.
- Apabila tekanan pembangkang ini dilihat berkesan, maka pembangkang terus menjadi pembangkang yang amat kuat bangkangannya. Apabila kerajaan mahu menyelaras harga minyak, telah ada suara menyalak meneka harga minyak pada bulan seterusnya. Kumpulan ini pun nampak seperti hero yang membela hak rakyat.
- Lebih parah lagi, ada suara durjana yang menghemtam agama lain. Khutbah, azan, solat, wuduk dan segalanya mula dipertikai. Semua ini menjadi budaya baru rakyat Malaysia. Bebas bersuara yang akhirnya akan menjadi barah kepada pembentukan negara bangsa. Maka, perlu ada tindakan tegas untuk menghalang budaya pemecah negara bangsa ini daripada terus merebak.
Search This Blog
Thursday, January 15, 2015
TRANSFORMASI BUDAYA DAN PENGARUH POLITIK
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment