Search This Blog

Wednesday, January 21, 2015

USTAZ - SATU PENILAIAN SEMULA


  1. Ustaz adalah satu gelaran yang digunakan secara meluas di Nusantara Melayu. Perkataan Ustaz itu sebenarnya diterjemah daripada Bahasa Arab yang dipanggil "Sheikh'. Maksud kedua-dua perkataan ini adalah 'Tuan".
  2. Tuan mempunyai maksud yang amat besar. Tuan tanah beerti orang yang memiliki banyak tanah. Tuan kilang pula semestinya adalah pemilik kilang yang berjaya.Tuan adalah gelaran tanda hormat atas sesuatu yang dimiliki orang orang tersebut. Yang dimiliki pula digunakan untuk membantu dan membangunkan masyarakat.
  3. Di Malaysia, Tuan bermaksud pemilik ilmu agama yang sebenar. Ilmu agama itu pula digunakan untuk membantu membentuk persepsi yang benar (HAQ) kepada masyarakat. Dari situ lahirlah perkataan Ustaz. 
  4. Jika ditanya siapakah pemilik gelaran Ustaz pertama di Malaysia, maka tidak akan jawapan yang akan kita terima. Siapakah yang benar-benar layak dipanggil Ustaz, maka tidak akan ada juga jawapan yang kita akan terima.
  5. Sebaliknya jika kita berjemaah di surau, dan kita memanggil Ustaz secara rambang, akan ada banyak kepala yang akan menoleh kepada kita. Hinggakan, pelajar yang baru berdaftar di IPTA dalam kursus agama juga akan memandang kepada kita. Maka, kita pilihlah ustaz mana yang kita suka.
  6. Dalam semua tulisan Abdul Latif Talib mengenai Imam Hanafi, Shafie, Hanbali, Maliki, Hulagu Khan, Khalifah Harun al-Rasyid dan Salahudin al-Ayubi, tidak seorangpun daripada nama besar tersebut yang dipanggil ustaz. 
  7. Kesemua imam tersebut sangat besar sumbangannya kepada Islam. Malah Yahya bin Ma'in pernah berkata "Imam Abu Hanifah tidak membicarakan hadis kecuali yang dia hafal sahaja. Dia seorang yang berkata benar dan tidak berdusta, orang yang jujur dan tidak pernah dituduh pendusta."
  8. Itu menggambarkan betapa besarnya sumbangan Imam Hanafi ke atas penyebaran Islam di dunia. Betapa luasnya ilmu yang Imam hanafi miliki. Betapa ikhlasnya Imam Hanafi membetulkan persepsi umat ke atas Islam. Begitu besarpun beliau, beliau masih enggan dipanggil Ustaz.
  9. Malah Imam Hanafi menjelaskan maksud sebenar Mazhab kepada seluruh Umat Islam. Beliau pernah berkata dalam salah satu wasiatnya seperti berikut.."Apabila terdapat sebuah hadis sahih, hadis itu menjadi mazhabku."  Maka jelas sekali, Imam Hanafi walaupun enggan dipanggil Ustaz cukup mementingkan sumber sesuatu ilmu termasuk hadis. Sehingga beliau akan percaya dan beramal berdasarkan sumber yang amat sahih. 
  10. Dalam tulisan pertama ini saya hanya mahu kita sama-sama merasa betapa hebatnya perkataan Ustaz itu. Malangnya kita begitu mudah memberi gelaran ini secara sembrono. Jika perkataan yang hebat diberikan kepada orang yang salah, maka kesalahan itu amat besar. 
Bersambung....

No comments: